Tahniah kepada pelakon Azad Jazmin dan Eira Syazira yang baru sahaja menyambut kelahiran anak perempuan ketiga mereka tengah hari tadi. Berita gembira itu dikongsikan oleh Azad sendiri menerusi sebuah video yang dimuat naik di akaun Instagramnya. Difahamkan Eira melahirkan anak mereka secara pembedahan di Prince Court Medical Centre, Kuala Lumpur
Azad yang teruja diberikan rezeki untuk menimang cahaya mata lagi meluahkan rasa syukur kerana proses bersalin berjalan dengan lancar serta kedua-dua ibu dan anak berada dalam keadaan sihat.
Pasangan tersebut yang mendirikan rumah tangga pada September 2011 sebelum ini dikurniakan dua cahaya mata perempuan iaitu Amarra Sofea Rose dan Ameisya Leanne Rose.
https://www.instagram.com/p/Bdb9ioiBt85/?taken-by=azadsyazirarose
Kami di BeautifulNara sekali lagi mengucapkan tahniah kepada Azad dan Eira. Semoga rezeki serta kebahagiaan mereka sekeluarga bertambah.