Menjelang bulan Ramadhan yang bakal tiba tidak lama lagi, nampaknya seorang lagi selebriti wanita iaitu Ayu Damit yang lahir daripada program realiti  One In A Million telah berhijran dan mengenakan tudung. Ayu menjelaskan beliau sudah lama berniat untuk menutup aurat sudah mula berhijab sejak semalam.
Saya sudah pasang niat lama nak menutup aurat dan Alhamdulillah kini saya anggap masa terbaik untuk bertudung.
Berita beliau sudah mengenakan tudung telah disampaikan oleh Ayu di laman sosial miliknya kerana ia adalah salah satu cara dan medium terbaik untuk berkongsi apa sahaja cerita kepada umum.
Harap dengan perubahan Ayu ke arah yang lebih baik ini akan diberkati Allah SWT. Semoga diberikan ketenangan dan kekal berhijab sehingga ke akhir hayat.