October 6th, 2009

Baguslah kalau ada seorang lagi artis yang nak kahwin, kurang skit berlakunya perkara-perkara tak diingini. Walaupon Ayu merahsiakan berita tentang dia nak menikah ni, macam biasalah mestilah wartawan tiptop Zubir dapat bau tentang gosip ini dan mensensasikan berita ni.

[note]Daripada maklumat tambahan yang Zubir peroleh, Ayu ditemui di rumah bakal mentuanya itu pada Hari Raya kedua, baru-baru ini. Khabarnya bakal suami Ayu yang juga anak bongsu turut berada di rumah keluarganya itu. Difahamkan, bakal suami Ayu berumur lingkungan awal 20-an dan bekerja di Bangi, Selangor di sebuah kedai perabot. [/note]

[note]Pun begitu, Zubir menerima beberapa lagi maklumat tambahan, memaklumkan bakal suami Ayu ini pernah berkahwin, kini dah bercerai. Khabarnya bakal suami Ayu seorang duda dua anak! Khabarnya lagi, sebaik saja urusan surat menyurat perceraiannya dikeluarkan pejabat agama, Ayu dan bakal suaminya itu akan menetapkan tarikh pernikahan mereka sekitar Oktober ini, sekali gus bakal bergelar suami isteri sedikit masa lagi. [/note]

[note]Cuma yang Zubir hairan, kenapa Ayu, bakal suaminya dan keluarga kedua-dua belah pihak harus merahsiakan perkahwinan itu? Bukankah menghebahkan majlis pernikahan dan perkahwinan itu dituntut dalam Islam untuk mengelakkan fitnah![/note]

Ala Bang Zubir ni, mungkin Ayu segan nak ajak wartawan sebab dia buat kenduri kecil-kecilan aje. Kalau ajak nanti kena pulak buat wedding gojes macam Umie Aida. Ayu kahwin duda kerja kat kedai perabot aje, bukannya kahwin Datuk P/S/J ke…… takpon belah lelaki tak biasa dengan camera, tak pon sebab tarikh nikah tu tak set lagi, so macam mana nak canang satu malaya kan?

Nanti dah kahwin dia bagitau lah kat Bang Zubir. Bang Zubir merajuk ke tak dapat tahu berita ni dari Ayu sendiri? Huhuhu. Katanya bakal suami Ayu nie adalah seorang duda anak dua. Tapi masih muda lagi tau. Baru awal 20-an umur dia. Kira bukan duda tua la.

Apapon tahniah buat Ayu, kami di Beautiful Nara menghormati Ayu kalau nak buat kenduri secara rakyat biasa. Tapi kalau nak jemput kami, besar tapak tangan kami tadahkan.


Comments are closed.

Loading...