(TAHNIAH) Ayda Jebat Sah Bergelar Isteri Nabil Mahir Dengan Sekali Lafaz

Hiburan

(TAHNIAH) Ayda Jebat Sah Bergelar Isteri Nabil Mahir Dengan Sekali Lafaz

Setelah lama menanti, akhirnya dua hati bersatu di dalam sebuah majlis yang berlangsung pada petang tadi. Ayda Jebat dan Nambil Mahir kini sah bergelar suami isteri dengan sekali lafaz sahaja.

Mengikut rutin norma baharu, majlis pernikahan selebriti itu berlangsung dengan sederhana dan dihadiri oleh keluarga serta rakan terdekat sahaja.

Advertisement

Ketika majlis tersebut, pihak pengantin lelaki menyerahkan tujuh dulang hantaran dan pihak perempuan membalas dengan sembilan dulang. Bahkan mas kahwin yang diberikan ialah seutas gelang emas namun pihak keluarga memilih untuk merahsiakan jumlah wang hantaran.

majlis pernikahan ayda jebat dan nabil mahir

Selepas majlis akad nikah selesai, Ayda Jebat meluahkan rasa syukur kerana semuanya berjalan seperti yang dirancang meskipun mengikut operasi prosedur standard (SOP) baharu.

“Di sebalik pandemik Covid-19 yang membataskan banyak perkara, kami memilih untuk melangsungkan yang wajib dulu. Terima kasih buat semua yang mendoakan.”

Jelas pelakon wanita itu lagi, dia sudah bersedia untuk menggalas tanggungjawab sebagai isteri dan tidak menolak rezeki sekiranya ditakdirkan menimang cahaya mata dalam masa terdekat.

“Ini adalah satu kehidupan baru untuk hidup kami sebagai suami isteri. Saya dan Nabil percaya akan ada banyak dugaan serta cabaran yang bakal ditempuh. Jujurnya kami sudah lama impikan saat ini dan juga sudah bersedia untuk menimang zuriat secepat mungkin, insha-Allah.”

majlis pernikahan ayda jebat dan nabil mahir

Meskipun sudah memulakan fasa hidup yang baru namun Ayda Jebat bertekad akan meneruskan karier seninya seperti biasa.

Tahniah kepada pengantin baru ini!

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...