(TAHNIAH) Atita Haris Dan Nas-T Selamat Timang Cahaya Mata Perempuan

Hiburan

(TAHNIAH) Atita Haris Dan Nas-T Selamat Timang Cahaya Mata Perempuan

Tahniah kami ucapkan kepada pasangan DJ Nas-T dan Atita Haris kerana telah selamat menimang cahaya mata pertama mereka.

Advertisement

Atita melahirkan seorang bayi perempuan seberat 3.2 kilogram yang diberikan nama Nas Taliyah kira-kira jam 12.30 tengah hari semalam.

Berita gembira itu diumumkan oleh Atita dan Nas-T menerusi akaun Instagram mereka. Mereka jumpa sempat berkongsi wajah anak perempuan mereka dengan peminat.

Alhamdullilah, anak mereka lahir pada hari yang penuh keberkatan sempena Maulidur Rasul. Semoga kasih sayang dan rezeki keluarga ini akan bertambah.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.