Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

(TAHNIAH) Ashraf Muslim Dan Wan Sakinah Timang Cahaya Mata Kedua

Tahniah kami ucapkan kepada pasangan Ashraf Muslim dan Wan Sakinah yang telah selamat menerima kelahiran cahaya mata kedua mereka iaitu seorang bayi lekaki kira-kira jam 1 pagi  pada 14 September lepas.

Berita tersebut dikongsikan oleh Ashraf sendiri akaun Instagram miliknya, dimana beliau juga sempat meluahkan rasa syukur atas kurniaan tersebut dan kedua-dua ibu serta bayi berada dalam keadaan sihat.

Advertisement

Malah Ashraf juga sempat berkongsi rasa teruja beliau menantikan satu lagi kelahiran pada bulan Disember nanti bersama isteri pertamanya Noor Dayana Lokman.

Alhamdulillah dan syukur pada Allah swt kerana pada tarikh 14 Sept 2015 jam 1 pagi. Lega hati ini bila Isteriku Sakinah berjaya melahirkan seorang baby boy yang sangat comel. Alhamdulillah ibu dan anak dalam keadaan sihat serta baik belaka.

Terima kasih sangat-sangat pada Allah kerana kurniakan lagi ahli dalam keluarga Ashraf. Rasa sedih dan happy sangat-sangat bila kita dapat rasa Allah sentiasa bersama dgn kita. Terima kasih yang tak terhingga kepada isteriku Dayana kerana sentiasa bersama-sama kami and turn awak bulan Disember plak yer.

ashrafWah, nampaknya semakin meriah lah lagi keluarga Ashraf Muslim. Tak sabar juga kami menanti Noor Dayana pula bersalin.  Kami mendoakan agar keluarga ini dilimpahkan dengan kasih sayang yang lebih lagi dan kekal bahagia sehingga akhir hayat.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...
To Top