(TAHNIAH)Aril AF Sah Bergelar Suami Kepada Puteri Erma Adlinda

Hiburan

(TAHNIAH)Aril AF Sah Bergelar Suami Kepada Puteri Erma Adlinda

Syukur Alhamdulillah kini Aril AF atau nama sebenarnya Khairil Azam Pilus telah pun sah bergelar suami kepada Puteri Erma Adlinda binti Haji Megat Aminuddin, kira-kira jam 3.10 petang tadi di Kota Bharu, Kelantan. Kedua-dua mempelai kelihatan segak bergaya dan cantik menawan dalam persalinan serba putih.
gambar pernikahan aril af puteri ermaDalam majlis ini, pihak pengantin lelaki telah memberi sembilan dulang hantaran beserta mas kahwin berjumlah RM15,000 dan turut dibalas sembilan dulang oleh pihak perempuan. Pihak lelaki menerima hantaran berupa seutas jam tangan, sehelai baju T, sehelai seluar jeans, slingbag, tali pinggang, minyak wangi, kasut, sejadah beserta senaskah Al-Quran dan dompet.
gambar pernikahan aril af puteri ermaManakala pihak perempuan menerima seutas jam tangan, tas tangan wanita, senaskah Al-Quran, minyak wangi, kasut, sireh junjung, sejadah, kain dan cincin beserta sehelai cek mas kahwin berjumlah RM 15,000. Dalam pada itu, majlis persandingan akan diadakan untuk ahli keluarga di Wakaf Che Yeh, Kelantan dan seterusnya kenduri kesyukuran bagi sebelah keluarga Aril akan diadakan di Melaka dalam masa terdekat.
gambar pernikahan aril af puteri erma
Tahniah diucapkan buat Aril dan Erma atas pernikahan ini. Semoga rumahtangga yang dibina kekal bahagia sehingga ke akhir hayat. Tahniah!!!

Advertisement

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...