Bekas pelajar Akademi Fantasia musim 7 iaitu Aril selamat menimang cahaya pertama beliau selepas isterinya melahirkan seorang bayi lelaki pada 24 November lepas.
Bayi tersebut dilahirkan secara normal  tepat jam 11.25 malam di Hospital Pusrawi, Kuala Lumpur dengan berat sebanyak 3.6 kilogram.
Perasaan sebak menyelubungi Aril ketika hendak mengazankan anaknya itu kerana terkenangkan arah abangnya Izwan Pilus kerana berkongsi tarikh lahir yang sama dengan anak lelakinya itu.
Tiba-tiba saya terkenangkan arwah abang semasa mahu mengazankan anak saya. Saya dapat bayangkan betapa gembiranya dia jika masih ada. Tambah-tambah lagi tarikh lahir mereka sama iaitu pada 24 November.
Ibu saya juga sangat gembira kerana dia turut berkongsi tarikh lahir dengan anak sulung saya. Syukur kepada Allah kerana semuanya berjalan lancar.
Sebelum itu pada Selasa, Aril telah menulis status yang agak menyentuh hati dan  meluahkan rasa rindunya kepada arwah Izwan di akaun Instagram sebelum anak sulungnya dilahirkan.
Berikut adalah luahan hati Aril:
Assalamualaikum,
Hari ni 24hb nov 2015, bersamaan hari selasa, jam 1:27pm, haaa! Patutnya awal pagi semalam aku dah wish kat mak! Hehe lewat sikit takpe kot, happy birthday mak Normah Abdullah semoga panjang umur, di murahkan rezeki dan dilimpahi rahmat dari Allah swt, amin tak lupa jugak untuk arwah abg yang tersayang, khairil izwan pilus, kalau dia masih hidup, 36thn umur dia, tapi semuanya suratan takdir, ajal dan maut di tangan tuhan.. Rindu kat kau abg wan.
Di kesempatan ini, marilah kita sama-sama sedekahkan Al-Fatihah buat Allahyarham Izwan Pilus. Semoga roh beliau ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.