June 5th, 2020

Selepas dikhabarkan terpaksa menahan sakit lebih 16 jam, pelakon Ardell Aryana telah selamat melahirkan anak sulungnya awal pagi tadi.

ardell aryana

Menurut suaminya, Nadzmi Adhwa, isterinya melahirkan anak mereka secara normal pada jam 2.22pagi.

Menerusi perkongsian di Instgram, Nadzmi menzahirkan rasa syukur kepada Illahi dengan kurniaan yang diberikan. Malah pelakon itu juga sempat berterima kasih kepada sanak saudara khusunya keluarganya yang tidak putus mendoakan yang terbaik buat dirinya dan isteri.

View this post on Instagram

Alhamdulillah. Terima kasih Allah. Terima kasih keluarga kami yang tak tido tak lekang dengan mendoakan kami 😘Terima kasih atas doa baik baik dari kalian semua. Isteri saya telah selamat melahirkan @babyadhwardell secara normal pada hari Jumaat yang mulia ini , 5 June 2020 , pagi tadi selepas berjuang menahan sakit lebih 16 Jam. Tak tahu nak cakap mana perasaan tu. Sedih , Sayu , Gembira semua bercampur bila melihat sendiri kesakitan dan perjuangan isteri. Terima kasih Dr Khamsiah Muda @andorrahospitalofficial ❤️ kerana sama sama berjuang dengan @ardellaryana Sekali lagi terima kasih atas doa kalian semua.

A post shared by ناذمي ادهوا نور اذمي (@nadzmiadhwa) on

Tambahnya lagi, beliau seakan tidak lupa mengucapkan terima kasih kepada pengikutnya yang selama ini mendoakan yang baik-baik kepada keluarga kecilnya.

“Alhamdulillah. Terima kasih Allah. Terima kasih keluarga kami yang tak tidur tak lekang dengan mendoakan kami. Terima kasih atas doa baik-baik daripada kalian semua.”

Bagaimanapun, Nadzmi kini masih merahsiakan jantina anaknya itu. Hal ini kerana, beliau hanya sekadar memuat naik gambar dirinya menyambut kelahiran anak sulung itu tanpa mengulas lanjut berkenaan jantina mahupun nama anaknya.

Namun posting tersebut juga menyelit nama akaun Instagram anaknya iaitu @babyadhwardel yang kini difahamkan telah mencecah lebih 40,000 pengikut.

Ujarnya lagi, beliau kini bagai sukar menggambarkan perasaan selepas bergelar seorang bapa.

“Tak tahu nak cakap mana perasaan tu. Sedih, sayu, gembira semua bercampur bila melihat sendiri kesakitan dan perjuangan isteri.”

Sebelum ini, Nadzmi sempat berkongsi sepotong video mempamerkan isteri teresak-esak sebelum menjalani proses kelahiran.

Nadzmi dan Ardell telah mendirikan rumah tangga pada 1 September tahun lalu, hasil perkongsian hidup sebagai sepasang suami isteri, pasangan itu dikurniakan seorang cahaya mata pada 5 June 2020.


One response to “Tahniah! Ardell Aryana Selamat Bersalin Anak Sulung”

  1. minah jambu say NO to drug says:

    laki dia potong ape tu? bukan doc yg buat ke?

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...