Tahniah kami ucapkan kepada pelakon Anis Al-Idrus yang sudah selamat diijabkabulkan dengan cinta hatinya, Mohd Rafzan dalam satu majlis pernikahan yang berlangsung di Shah Alam malam semalam.
Anis dan Mohd Rafzan kelihatan manis dan kacak dalam persalinan sedondon berwarna putih. Pihak perempuan menyerahkan lima dulang hantar berbalas tiga dulang hantaran daripada pihak lelaki. Anis turut menerima satu set barang kemas sebagai mas kahwin. Walaubagaimanapun, pasangan ini memilih untuk merahsiakan jumlah wang hantaran perkahwinan.
Pasangan pengantin dinikahkan oleh bapa Anis sendiri iaitu Syed Zainal Syed Abu Bakar Al-Idrus, di hadapan Imam dan jurunikah Masjid Al-I’tisam TTDI Jaya, Ustaz Mohd Fairus Shuaib, kira-kira jam 9.40 malam.
Syukur akhirnya semua dipermudahkan dan doakan agar kami terus bersama di dunia dan akhirat. Terima kasih kepada semua yang sudi hadir dan memeriahkan majlis sederhana kami.
Sekali lagi kami ucapkan tahniah kepada Anis dan suaminya. Semoga perkahwinan mereka kekal sehingga ke akhir hayat.