(TAHNIAH) Anak Tiri Siti Nurhaliza, Asyraf Khalid Sah Bergelar Suami Kepada Aktres Indonesia

Hiburan

(TAHNIAH) Anak Tiri Siti Nurhaliza, Asyraf Khalid Sah Bergelar Suami Kepada Aktres Indonesia

Mula mengikat tali pertunangan pada 21 Ogos lepas di Palembang, Indonesia anak tiri kepada penyanyi nombor 1 negara Datuk Siti Nurhaliza iaitu Asyraf Khalid telah sah bergelar suami kepada Tya Ariffin seorang pelakon negara seberang di Majestic Hotel, Kuala Lumpur pada jam 8 malam semalam. Pasangan itu sah bergelar isteri dengan sekali lafaz berserta mas kahwin RM1,000.

Advertisement

Sejurus selepas pernikahan pasangan itu turut mengadakan majlis persandingan juga di lokasi yang sama. Antara tetamu yang hadir ialah ahli politik Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi serta beberapa rakan artis lain antaranya Datuk Rosyam Nor, Datuk Yusof Haslam, Datuk Aznil Hj Nawawi, Wak Doyok, Johan Raja Lawak dan Mark Adam.

Tahniah kami ucapkan kepada Asyraf Khalid dan isteri semoga berbahagia sehingga ke anak cucu.

Berikut kami sertakan beberapa foto sewaktu majlis khatam Al-Quran dan berinai yang diadakan pada hari Sabtu lepas di kediaman Datuk Siti Nurhaliza dan Datuk K di Ampang. Baca artikel ini sepenuhnya untuk melihat foto-foto tersebut.

Sumber Berita: Harian Metro

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...