February 15th, 2015

Walaupun dilahir 2 minggu lebih awal daripada jangkaan, Alhamdulillah kesemuanya selamat buat Ana Raffali dan suami. Mereka berdua telah pun dikurniakan seorang cahaya mata lelaki pada 12 Februari. Bayi sulung pasangan ini telah dilahirkan secara normal di Hospital Ampang dengan berat 2.25kg. Tarikh jangkaan yang diberikan oleh doktor ialah 5 Mac.
ana raffaliAna Raffali telah pun berkongsi wajah puteranya ini di Instagram untuk tatapan para peminat.ana raffali

Semoga si baby boy membesar dengan sihat dan menjadi anak yang soleh apabila dewasa kelak. Selamat berpantang diucapkan kepada Ana Raffali. Selamat menjaga anak. Ia pasti akan menjadi satu kenangan yang terindah buat anda dan suami. Tahniah!!!


Comments are closed.

Loading...