(TAHNIAH) Ana Dahlia Bakal Berkahwin 31 Ogos Ini

Hiburan

(TAHNIAH) Ana Dahlia Bakal Berkahwin 31 Ogos Ini

Sudah bertunang baru-baru ini, pelakon Ana Dahlia mengesahkan beliau bakal mendirikan rumah tangga bersama Mohd Asyraf anak kepada pengarah Datuk Jurey Latiff pada 31 Ogos ini,  didalam satu majlis yang  diadakan secara tertutup di Taiping, Perak.

Advertisement

Meskipun sudah beberapa kali  melalui pengalaman didalam perkahwinan, Ana mengakui beliau tetap merasa gementar dan berdebar menantikan detik untuk bergelar isteri lagi nanti.

Sebelum ini tidaklah begitu gementar. Mungkin kerana saya merasakan bahawa perkahwinan kali ini adalah yang terbaik buat diri saya.

Lagipun sudah lima tahun saya bercerai. Saya tahu bergelar isteri adalah satu tanggungjawab yang besar dan saya sudah bersedia untuk semua itu.

Buat anda yang tidak tahu, Ana pernah berkahwin dengan Chef Riz pada November 2012 tetapi jodoh mereka tidak panjang dan mereka bercerai hanya selepas 11 bulan berkahwin.

Menurut Ana, beliau sedikit pun tidak merasa kesal dengan apa yang terjadi. Ana menjadikan setiap yang beliau lalui sebagai pengajaran didalam kehidupannya.

Saya tidak pernah komen apa-apa mengenai perkahwinan sebelum ini dan saya rasa tidak perlu untuk diulas.

Semua orang ada masalah dan kadang-kadang, dari luar kita nampak hubungan pasangan itu utuh dan cantik, tetapi kita tidak tahu apa yang mereka hadapi

Tambah Ana, beliau dan Asyraf  masing-masing pernah merasa derita didalam rumah tangga terdahulu. Namun,  mereka tidak mahu mengungkit kisah sebelum ini dan menerima diri masing-masing serta ingin membina kehidupan baharu yang lebih bahagia.

Tahniah kami ucapkan kepada Ana Dahlia dan Asyraf. Semoga perkahwinan ini menjadi yang terakhir buat mereka dan harapnya mereka kekal bahagia sehingga akhir hayat.

Sumber Berita : Utusan Online

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...