March 15th, 2017

Tahniah kami ucapkan kepada pasangan Amar Baharin dan Amyra Rosli kerana bakal bergelar ibu dan bapa tidak lama lagi selepas Amyra disahkan sedang hamil tujuh minggu.

Amar memberitahu beliau mengetahui berita gembira tersebut selepas Amyra mengadu sakit perut dan terpaksa dibawa ke hospital swasta semalam.

Alhamdulillah, doktor baru mengesahkah Amyra hamil tujuh minggu malam tadi (Selasa) selepas kami buat pemeriksaan sepenuhnya termasuk imbasan. Sebenarnya saya sedar sejak beberapa minggu lalu dia mengalami simptom-simpom kehamilan, namun kami belum sempat buat pemeriksaan sehinggalah malam tadi dia mengadu sakit perut

Menurut Amar, atas nasihat doktor, Amyra harus berehat selama dua minggu untuk memastikan kandungannya benar-benar kuat.

Buat masa ini doktor menasihatkan agar Amyra berehat selama dua minggu untuk memastikan kandungannya benar-benar kuat. Mungkin selepas ini dia akan berehat sementara daripada bidang lakonan. Untuk menjadi pengacara pula, bagi saya tiada masalah kerana kerja itu lebih ringan dan tidak mengambil masa yang panjang.

Alhamdullillah, berkat pertanyaan dan doa orang ramai tentang bila agaknya Amyra akan hamil sudah menjadi kenyataan. Kami harap ibu dan kandungan berada dalam keadaan baik dan sihat. Tak sabar kami ingin melihat cahaya mata pasangan ini nanti.

Sumber Berita : mStar Online


Comments are closed.

Loading...