(TAHNIAH)Amy Mastura Kini Bertudung

Hiburan

(TAHNIAH)Amy Mastura Kini Bertudung

Alhamdulillah. Selepas Erra Fazira, kini Amy Mastura juga telah mengambil keputusan untuk berhijrah dan mengenakan tudung sepenuhnya. Berita gembira ini telah diketahui menerusi akaun Instagram jurusolek selebriti comel ini, Alha Alfa. Tahniah diucapkan dan semestinya ini adalah berita gembira lebih-lebih lagi dengan kehadiran bulan Ramadhan dalam masa terdekat ini.

amy mastura

Advertisement

Amy Mastura yang sememangnya sudah comel kelihatan makin jelita dan ayu mengenakan tudung. Kata Amy Mastura tentang penghijrahannya ini:-

Sudah lama saya berniat ke arah ini tapi Alhamdulillah semuanya jadi tanpa paksaan sesiapa. Saya tidak merancang tetapi ini kewajipan saya sebagai wanita Muslim.

Ikutkan saya merancang untuk semua ini sempena mengambil keberkatan Ramadan tapi pintu hati saya terbuka lebih awal. Perkara yang baik tak perlu ditangguh tangguh.

amy mastura

Semakin hari semakin ramai selebriti wanita yang bertudung untuk memenuhi tuntutan syarak agama Islam. Alhamdulillah. Ini satu perkembangan yang sangat awesome. Semoga mereka akan terus dikurniakan semangat untuk istiqamah. Sama-sama kita doakan. Tahniah Amy!!! Sumber Berita Harian.

amy masturaP.S: Filem cinta Thailand ‘Love Is’ yang cukup menyentuh perasaan kini sudah mula ditayangkan di pawagam. Confirm menangis punya tengok. Orang-orang Thailand memang power bab-bab buat filem yang mengalirkan air mata. Sila sediakan tisu sebelum pergi tonton filem hebat lakonan Pongsakorn Mettarikanon dan Dhanantorn Neerasingh ini. Info lanjut di www.gscmovies.com.my.

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...