ABeberapa perkongsian di media sosial pelakon sensasi, Rita Rudaini ternyata telah menimbulkan tanda tanya dalam kalangan peminat pelakon itu.
Memberi bayangan telah menamatkan zaman solo setelah bergelar ibu tunggal dua anak selama hampir 10 tahun.
Dalam satu hantaran Instagram pelakon itu, Rita ada memuat naik foto dan video memaparkan dia berada di majlis perkahwinan dan menulis kapsyen “Alhamdullilah”.
View this post on Instagram
Malah menerusi ruangan komen, rata-rata netizen bertanyakan sama ada Rita telah berkahwin dan majlis diadakan secara rahsia.
Peminat juga sempat mengucapkan tahniah buat Rita jika benar majlis perkahwinan itu adalah majlisnya.
View this post on Instagram
Rupa-rupanya, majlis tersebut merupakan majlis perkahwinan anak saudaranya yang diadakan di suatu lokasi yang tidak diketahui.
Meskipun begitu, netizen tetap mendoakan agar Rita bertemu jodoh dan menemui kebahagiaannya dalam rumah tangga tidak lama lagi.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.