Akhirnya segala teka teki dan gosip mengenai hubungan Amar Baharin dan Amyra Rosli terjawab apabila mereka berdua mengesahkan bakal mendirikan rumah tangga pada 11 November depan.
Pengumuman yang penuh kejutan itu dibuat oleh Amar sendiri dalam satu sidang media khas yang diadakan di Sunway Montana Club House semalam.
Difahamkan, Amar dan Amyra bakal bertunang pada 22 Julai ini dalam satu majlis yang akan diadakan secara tertutup.
Alhamdulillah, Allah mendekatkan hati kami apabila bekerja di bawah pengurusan yang sama. Saya merisik pada Hari Raya Aidiladha tahun lalu selepas merasakan Amyra adalah orang paling istimewa yang saya pernah jumpa dalam hidup saya.
Majlis resepsi pasangan sama cantik sama padan ini akan diadakan pada 12 November bagi sebelah Amar manakala 19 November bagi sebelah Amyra.
Nampaknya segala gosip sebelum ini yang mengatakan mereka bercinta memang benar la yee.. Apa-apa pun tahniah kami ucapkan kepada Amar dan Amyra, semoga segala perancangan mereka untuk berkahwin berjalan dengan lancar.