Written by Bella | June 24th, 2019

Masih tidak terlambat untuk kami ucapkan tahniah kepada personaliti televisyen terkenal, Ally Iskandar yang sudah bernikah dengan gadis pilihan hatinya, Marlina Ibrahim pada Sabtu lalu.

Ally selamat bergelar suami kepada Marlina dengan sekali lafaz . Kedua-duanya tampak cantik dan kacak mengenakan persalinan warna putih sedondon.

Pasangan ini dinikahkan dalam sebuah majlis yang diadakan di Temerloh, Pahang dengan mas kahwin bernilai RM22.50 dan senaskhah kitab suci Al-Quran.

Tidak dinafikan perkahwinan Ally mengejutkan ramai dan netizen mula membanjiri ruangan komen di akaun Instagram bekas isterinya, Farah Lee. Mereka bertanyakan soal perkahwinan Ally.

Respon Farah Lee

Sudah lama ‘move on’

Menjawab segala persoalan netizen, Farah menjelaskan dia sudah mengetahui hasrat Ally untuk berkahwin sejak awal lagi. Farah akui dia juga tumpang gembira dengan berita tersebut dan mendoakan kebahagiaan bekas suaminya. Perkara itu langsung tidak membuatkan dia sedih seperti yang dianggap oleh orang ramai.

Terdahulu, Ally dan Farah mendirikan rumah tangga pada 20 Januari 2012, namun pasangan itu bercerai pada 17 Ogos 2016. Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Maream Esabel.

Sumber Berita : mStar Online

Kredit Video : Kosmo

29 responses to (TAHNIAH) Ally Iskandar Tamatkan Zaman Duda

  1. minahkepochi says:

    pada pandangan aku lah, ally dan farah berpisah mungkin tidak serasi bersama. walaupun farah muda dan cantik tak nampak cacat celanya di pandangan netizen, tapi hanya mereka berdua sahaja yg tahu. keserasian tidak ada dan perbalahan berlaku. mungkin itulah sebabnya mereka berpisah. ni pandangan aku la.

  2. Enter Your Email says:

    yang komen negative ni aku salute tol ngn korg..aku pun xbrani nak komen macam tu

  3. Nor izah says:

    Dah jodoh

  4. Hot stuff says:

    Apa yg hebat sgt ally ni? To the x wife jgn la nk komen apa2. Nampak sgt u are lying to yourself. Pi la cari jantan mat salleh ke latino ke spain ke lagi hensem betul. Takat jantan melayu alaah….hobbit dan tak berapa menarik pun

  5. Anonymous says:

    Tak minat ally ini … apa2 programnya tak tengok… selesma memanjang… geli