June 24th, 2019

Masih tidak terlambat untuk kami ucapkan tahniah kepada personaliti televisyen terkenal, Ally Iskandar yang sudah bernikah dengan gadis pilihan hatinya, Marlina Ibrahim pada Sabtu lalu.

Ally selamat bergelar suami kepada Marlina dengan sekali lafaz . Kedua-duanya tampak cantik dan kacak mengenakan persalinan warna putih sedondon.

Pasangan ini dinikahkan dalam sebuah majlis yang diadakan di Temerloh, Pahang dengan mas kahwin bernilai RM22.50 dan senaskhah kitab suci Al-Quran.

Tidak dinafikan perkahwinan Ally mengejutkan ramai dan netizen mula membanjiri ruangan komen di akaun Instagram bekas isterinya, Farah Lee. Mereka bertanyakan soal perkahwinan Ally.

Respon Farah Lee

Sudah lama ‘move on’

Menjawab segala persoalan netizen, Farah menjelaskan dia sudah mengetahui hasrat Ally untuk berkahwin sejak awal lagi. Farah akui dia juga tumpang gembira dengan berita tersebut dan mendoakan kebahagiaan bekas suaminya. Perkara itu langsung tidak membuatkan dia sedih seperti yang dianggap oleh orang ramai.

Terdahulu, Ally dan Farah mendirikan rumah tangga pada 20 Januari 2012, namun pasangan itu bercerai pada 17 Ogos 2016. Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Maream Esabel.

Sumber Berita : mStar Online

Kredit Video : Kosmo


29 responses to “(TAHNIAH) Ally Iskandar Tamatkan Zaman Duda”

  1. Anonymous says:

    Sabar Farah. Walaupun perasaan tu dh tak ada mesti terasa juga sedihnya sbb bapa anak kita kan. Insyallah dapat yg lebih worth it.

  2. Opocott says:

    Kenapa la agaknye dia bercerai dgn farah lee dulu kan? Tengok elok je budaknye.. dah la baju nikah si ally ni mcm baju yg nikah dgn farah dulu? Pelik aku. Harap2 kali ni berkekalan la hendaknye. Jgn dpt anak sorang pastu babai pulops opss

  3. Anonymous says:

    3 tahun lebih dia menduda, saya respek juga, boleh uruskan semua untuk diri dia sbb dia lelaki, ada sesetgh lelaki kalau bercerai, baru “menyaratus hari”..dh menikah di hari yg sama.

  4. faraj says:

    alhamdullilah…nasib baik ko tak kawin dgn betina2 yg pakai purdah sampai
    nampak mata…semua pompuan yg pakai purdah sampai tutup mata tu ..kimak jer layak panggil mereka….mereka ni jenis lepas berak tandas awan tinggal camtu jr….!!! …hmmm

  5. sistur says:

    hmm bgus lah.. wlupn hati kecik mungkin msih ade lg perasaan tu.. sabarlah. bdoa smoga Allah gantikan hati yang baru. perasaan yg baru. k, farah.. smoga kuat dgn ujian Allah. kte smua sme je. stiap org hadapi ujian Allah.

Loading...