Written by Bella | June 24th, 2019

Masih tidak terlambat untuk kami ucapkan tahniah kepada personaliti televisyen terkenal, Ally Iskandar yang sudah bernikah dengan gadis pilihan hatinya, Marlina Ibrahim pada Sabtu lalu.

Ally selamat bergelar suami kepada Marlina dengan sekali lafaz . Kedua-duanya tampak cantik dan kacak mengenakan persalinan warna putih sedondon.

Pasangan ini dinikahkan dalam sebuah majlis yang diadakan di Temerloh, Pahang dengan mas kahwin bernilai RM22.50 dan senaskhah kitab suci Al-Quran.

Tidak dinafikan perkahwinan Ally mengejutkan ramai dan netizen mula membanjiri ruangan komen di akaun Instagram bekas isterinya, Farah Lee. Mereka bertanyakan soal perkahwinan Ally.

Respon Farah Lee

Sudah lama ‘move on’

Menjawab segala persoalan netizen, Farah menjelaskan dia sudah mengetahui hasrat Ally untuk berkahwin sejak awal lagi. Farah akui dia juga tumpang gembira dengan berita tersebut dan mendoakan kebahagiaan bekas suaminya. Perkara itu langsung tidak membuatkan dia sedih seperti yang dianggap oleh orang ramai.

Terdahulu, Ally dan Farah mendirikan rumah tangga pada 20 Januari 2012, namun pasangan itu bercerai pada 17 Ogos 2016. Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Maream Esabel.

Sumber Berita : mStar Online

Kredit Video : Kosmo

29 responses to (TAHNIAH) Ally Iskandar Tamatkan Zaman Duda

  1. Kanji says:

    Korang ni apasal konfiden sangat Farah tu in denial lah, ego la. Member cakap dah move on, sudahlah.

  2. unknown says:

    kebanyakan yg cerai berai anak2 masih kecil di mana akan berpihak kepada ibu kecuali kl ada alasan yg kukuh.. lawyer akan advise.. no point kl nak berebut end up dapat kat ibu..

  3. lelaki selfish says:

    Aku perasankan lelaki melayu ni bkn semua tp kebanyakan… bila cerai ngan bini anaknya ikut sekali…jrg sekali yg bermatian2 nak fight dptkan penjagaan anak..maksudnya klo da cerai bini, anak pun dia tak nak…beza dgn lelaki bkn melayu.. naik turun mahkamah nak amek anak tu… bekas bini pun terpaksa nak fight tuk hak anak tu….kalo bab agama ayat alim ulama tpnya satu pun x dibuatnya, satu2nya mereka nak ikut sangat is kawen byk2, pastu ternak anak byk2…pastu redha…girl2 harus waspada bila nak kawen dgn lelaki melayu ni… before and after berbeza sekali….

    • ank sumber kekuatan says:

      sy fhm ape yg tuan/puan ingin sampaikan..tp kalau fikir balik…sy akan lebih sakit dan derita kalau lepas cerai nak kene turun naik mahkamah pulak utk kes penjagaan anak…luka bercerai xsembuh…nak kene hadap perit berebut anak..xsangguupppppp

    • Betul tu… Laki Melayu ni kurang bertanggung jawab sebagai suami dan bapak… Kalau depa dapat hak penjagaan anak pon, bukan depa nak jaga betul2 pon… Nak pon sbb nak jaga ego depa tu saja… Bab2 gatal nak kawen ramai dan tabur benih banyak2 ni depa suka la konon ikut sunnah Nabi dan konon lagi ramai anak, lagi banyak rezeki masuk… Padahal anak ramai sampai tak mampu nak jaga.. Lepas tu timbul la macam2 masalah sosial… Tau nak menggatal ja tak habis2… Bodoh betol!!!

  4. Aku nak maskawen berlian says:

    erm napa mas kawen murah sgt yer? requestlah yg berharga sket… klo laki tu xmampu aku xckp la memadailah 22.50…tp mampu kan… bg la isteri tu maskawen gelang emas ke, Rm 10k, xpun RM RM 1000 lepas jg beli cincin… aduhai…

Leave a Reply to Benci Jantan Tabur Sperma Cancel reply