Written by Bella | June 25th, 2018

Tahniah kami ucapkan kepada jutawan kosmetik popular, Datuk Seri Aliff Syukri dan isterinya, Datin Seri Shahida yang telah menimang cahaya mata keempat mereka petang tadi. Shahida melahirkan seorang bayi lelaki seberat 3.15 kilogram secara normal di hospital Gleneagles Kuala Lumpur.

Berita gembira itu diumumkan oleh Aliff menerusi akaun Instagramnya. Malah, ibunya Rozita Ibrahim turut berkongsi video momen indah selepas cucunya itu dilahirkan.

Aliff dan isteri sepakat untuk menamakan anak mereka, Yusoff Al Qardawi bersempena dengan nama tokoh ulama dari Mesir yang cukup dihormati.

Sebelum ini, Aliff dan Shahida yang berkahwin pada Ogos 2007 telah dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Ammar Ahyan, Qadejah El Zahra, dan Ibraheem Adham. Kemudian, pada tahun lalu pasangan tersebut mengambil dua orang anak angkat iaitu Ameena dan Qayyum.

25 responses to (TAHNIAH) Aliff Syukri Dan Isteri Timang Cahaya Mata Lelaki

  1. Anonymous says:

    Syukur alhamdulillah.Tahniah utk Datuk dan Datin.Selamat berpantang.Semoga membesar dengan sihat

    5

    0
  2. WickEd says:

    Babynye comel:)

    1

    0
  3. greenfingers says:

    Knapa ye artis suka pilih Gleneagles utk bersalin? Klu ikutkan, caj spital lain mcm Prince court or Pantai lg mahal.

    0

    3
  4. Anonymous says:

    Tahniah.. Datuk.
    Cer tengok..klau org tu susah..
    Ada x org nk lari tergesa2 dn cium berbagai2 mcm tu..dkt bayi tu.
    Disbbkn org tu kaya..
    Ehemmmm..
    Cium sakan

    0

    15
  5. Tah says:

    Tahniah untuk datuk dan datin … semoga baby dapat menjadi anak yang solehh dan pembuka rezeki kepada keluarga . Jom visit blog kami http://diarianggun.blogspot.com/2018/06/5-penyebab-jeragat-yang-paling-popular.html?m=1

    0

    0
  6. fatimah busung says:

    anak lelaki. hmmm… semoga tak kenan pondan safiey ilias

    0

    14
    • Anonymous says:

      ya Allah busuknya hati… baby baru lahir da ckp macam tu, cuba anak kau org dtg jenguk pastu cakap “semoga baby kau ni x kenan safiey/sajat…” apa perasaan kau setan!?

      9

      0
    • Anonymous says:

      engkau yg suka beprasangka buruk tu kenan kat sapa pulak….

      5

      0
    • Anonymous says:

      ai lah fatimah busung… baik tgk anak ko besar nnti jd manusia ker binatang…

      0

      0
  7. Anonymous says:

    ishhh bodo punya komen.dh nenek dia.xkira kaya ka miskin.baby kot semua org teruja la beb.hati kering ja xteruja nk tgk baby.

    4

    0
  8. Anonymous says:

    subhanallah comelnya baby…semoga menjadi ulamak sepertimana namanya…alhamdulillah…

    3

    0
  9. Anonymous says:

    comel baby…. alhamdulillah

    0

    0
  10. abam abc says:

    Tahniah kepada DS Aliff Syukri dan keluarga atas kelahiran cahaya mata
    Semoga kelak menjadi anak yang sihat, cerdas dan membanggakan kedua ibu bapanya..Inshaallah..Aamiin

    0

    0

Leave a Comment

Optional