(TAHNIAH) Aliff Aziz & Bella Astillah Selamat Diijabkabul

Hiburan

(TAHNIAH) Aliff Aziz & Bella Astillah Selamat Diijabkabul

Tahniah kami ucapkan kepada penyanyi Aliff Aziz yang sudah selamat diijabkabulkan dengan pasangannya, Bella Astillah dalam majlis akad nikah yang berlangsung di Bukit Jelutong, Shah Alam pada jam 12.05 tengah hari semalam.

Advertisement

Aliff dengan sekali lafaz sah menjadi suami kepada Bella. Pasangan berkenaan dinikahkan oleh bapa Bella sendiri, Awang Astillah Abdullah@Dullah.  Bella menerima mas kahwin berjumlah RM333 dan tujuh dulang hantaran berbalas sembilan.  Walaubagaimanapun, pasangan mempelai enggan mendedahkan jumlah hantaran perkahwinan.

Majlis akad nikah berkenaan diadakan secara tertutup dan dihadiri kira-kira 200 orang tetamu terdiri daripada anggota keluarga kedua-dua pihak.

Aliff pada masa yang sama sempat meluahkan rasa syukur kerana majlis berjalan dengan lancar dan berharap rumah tangga yang dibina akan berkekalan serta diberkati.

Alhamdulillah, semuanya berjalan seperti diharapkan.  Saya dan Bella berharap rumah tangga yang baharu dibina ini akan terus mendapat keberkatan daripada Allah dan restu berpanjangan daripada keluarga, peminat dan semua.

Semoga ikatan perkahwinan Aliff Aziz dan Bella Astillah berkekalan sehingga hujung nyawa dan dilimpahi dengan kebahagiaan yang lebih lagi selepas ini.

Sumber Berita : BH ONLINE

Kredit Foto : republicofmemories

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...