Written by Bella | December 18th, 2017

Tahniah kami ucapkan kepada penyanyi lagenda, Aishah yang berjaya dinobatkan sebagai juara Gegar Vaganza 4. Aishah menepati ramalan dengan memberikan persembahan memukau menerusi lagu All By Myself nyanyian asal Celine Deon dan lagu Supergirl bettle bersama Liza Hanim. Aishah juga turut memenangi anugerah Gelora Vida Vaganza.

Menerusi kemenangan itu, Aishah menerima hadiah wang tunai berjumlah RM100,000 sumbangan Astro dan penaja iaitu Qu Puteh serta trofi dan turut menerima sebidang lot tanah banglo sumbangan Bina Megan Empire, pakej percutian ke Eropah Timur sumbangan selamatbercuti.com, barangan kemas sumbangan DSV Gold and Jewelry serta  baucer membeli belah Go Shop bernilai RM5,000.

Tempat kedua pula dimenangi oleh Liza Hanim yang menerima hadiah wang tunai RM50,000 sebidang tanah lot banglo, pakej percutian ke Turki, barangan kemas dan baucer membeli belah Go Shop bernilai RM5,000.

Penyanyi Lan Solo pula berada pada tempat ketiga membawa pulang wang tunai berjumlah RM30,000, sebidang lot tanah banglo, percutian ke Boracay, barangan kemas dan baucer sumbangan Go Shop berjumlah RM4,000.

Konsert final Gegar Vaganza 4 malam tadi dihoskan oleh Nabil Ahmad dan Jihan Muse yang disiarkan secara langsung dari Pinewood Studio, Johor Bahru. Tahniah kami ucapkan kepada semua pemenang.

Sumber Berita : mStar Online

Kredit Foto: Gegar Vaganza Official

28 responses to (TAHNIAH) Aishah Bergelar Juara Gegar Vaganza 4, Bawa Pulang Wang Tunai RM100,000

  1. adakah... says:

    TERBAIK

    6

    0
    • Mat Ronggeng says:

      Tahniah Aishah. Tahniah semua.
      One of the BEST GV season with excellent finalists.

      19

      0
    • sayang, atuk ada ramai cucu tau says:

      Bilakah Sultan Pahang berkenan untuk menganugerahkan darjah kebesaran negeri yang membawa gelaran Dato’ kepada “Celine Dion Malaysia” kesayangan kita semua, Aishah?

      18

      0
    • perdana menteri wanita TN50 says:

      kalau tengok betul-betul kan.. rupa Liza Hanim especially renungan mata ada macam iras-iras Melania Trump pun ada tapi versi ton warna kulit hitam manis Melayu gitu..

      2

      0
    • minah jambu say NO to drugs says:

      keputusan juri tepat aishah juara GV tahniah…tapi dlm brape taon ni minah jambu jadi muhskil tengok single mother aje yg jadi juara kenape eh ? sori minah jambu cuma tanye aje tkde pe2…tahniah pada yg menang…!

      4

      1
  2. Jjay says:

    Keputusuan Juri dari Tempat Pertama ke 4 dah memuaskan hati .Kenapa Tia yg dapat tempat keenam .Sepatutnya Firman yg last .Suara Tia lagi bagus dari Firman .

    30

    0
  3. reen says:

    yeayyy lan solo no 3 kalahkan hazami. aku suka hazami kalah muahahaha benci aku nengok muka acah2 terkejut dia minggu2 sebelum ni bila dpt tmpat keatas. akhirnya jatuh jua hazami

    20

    1
  4. Sai don says:

    Kudos Ka Chah & finalists..smua suara power..the best finalists so far…
    Hadian2 pun hebat..
    Kak Chah nampak slim sikit..keep it up for health sake…
    Syura & Haida cun wif busana yg cantik….

    Whats next?..Gema GV…
    Nak tengok kumpulan girl & boy group seperti elite..res2…feminin…indigo…innuendo…4u2c etc bersaing…
    Harmoni GV nama show sebab kumpulan nak ada suara harmoni

    11

    0
  5. nok gebuzzz says:

    tapi hazami sedap…selalu top 3 tapi rezeki x berpihak pd beliau mlm tu,ok la rezeki lan solo dpt no 3…tahniah Aisyah n liza hanim mmg layak.

    12

    1
  6. Anonymous says:

    Yess Hazami sang very well tapi kita bukan juri pro dan tak ngundi pun. Tahniah pada semua. Cima nak komen baju Aishah tu. warna dan fesyen OK. Tapi kenapa la ada karpet berbulu kat bahu?

    1

    3
    • damai says:

      cuma part battle, lagu Amboi, Hazami terkucil sikit, markah dia dgn Lan pun x jauh beza cuma 0.4%, hope ada Duo2 lagi. GV dah blh stop cukup lah sampai 4

      1

      0
  7. anonymous says:

    keputusan sgt tepat cuma tempat tia patutnya no 5,sayang sekali liza patut masuk gv3 baru boleh juara ,liza bagus tapi susah nak tewaskan aishah

    7

    0
  8. cikgu skola says:

    haish tulis takder spell check ker – BATTLE bukan bettle…….lain la kalau nak melayukan perkataan tu…

    4

    0
  9. melati says:

    memang Tepat , tapi yg kurang skit ..Tia Jinbara boleh dpt Nom 6.. !! sepatut nya Hazami Nom 6…tu jewwww

    6

    0
  10. nuyu says:

    Alhamdulillah melati dah boleh komen baik2..huhu. tp titian usang itu mcm x mnonjolkn suara liza hanim…ke mmg sje bg lgu xmnonjol kt liza hanim?

    4

    0
    • kan says:

      setuju….lagu aishah lagu winning song…lagu liza memg tk brp nak seswai lah….cuba bagi ‘i surrender’ celine jugak….baru gaduh!! hahaha. nmpak mcm GV melobi ecah lebih dr awal…sbb dia veteren diva kot….

      5

      1
      • Tash says:

        Betul setuju sgt… Lagu x balance.. Bg lagu is surrender baru leh tgk sapa champion… Sbb nak banding lagu titian usang… Aishah jauh lebih bagus.

        0

        1
  11. ciK piNgu says:

    Tahniah kak ecah! u deserve it. eh btl ke aku eja kan nt ade cikgu BI plk dtg betulkan ejaan kikiki..

    btw Liza Hanim pun hebat.

    x dpt sangkal dua2 mmg saingan sengit.. mcm Ct Nana dan Faradhiya dulu la dua2 mantap.

    Tahniah. Semoga murah rezeki selepas menyinar di GV. masing2 InsyaAllah ade rezeki masing2.

    2

    0
  12. Anonymous says:

    lagu 1st tia jinbara bwk meremang… best dgr dia bwk lagu tu… patut dia ke5.. firman laa tmpt tu ke6….liza hanim kalo msuk GV tahun lepas sure dia menang sbb dia nyanyi best sgt.. tahun nii susah skit ler sbb nyanyian aisyah lagi power..

    5

    0
  13. benci uztazah cyber says:

    padan muka ko mangkuk uztazah hamidah, yg kata aishah gemuk gedik dan munafik, dia menang dpt duit! kau hina dia dpt apa? bodh punya uztazah jadian

    7

    0
  14. Anonymous says:

    Memang Ustazah dapat juga……. tapi DAPAT DOSA…. kah kah kah

    3

    0
  15. KiambangNeraka says:

    Tia patut dapat no 4 lerrr…hazami bagi no 5…firman no 6…hishhh…

    1

    0

Leave a Comment

Optional