February 20th, 2020

Tahniah kami ucapkan kepada pasangan merpati dua sejoli, Aiman Hakim Ridza dan Zahirah Macwilson yang sah bergelar suami isteri sekitar jam 9.00 malam tadi dengan sekali lafaz.

zahirah macwilson aiman hakim ridza nikah

Majlis pernikahan diadakan secara tertutup dan hanya dihadiri keluarga kedua-dua belah pihak, teman rapat, rakan media dan pihak pengurusan.

Pasangan ini dinikahkan oleh bapa Zahirah iaitu Zainol Macwilson. Pelakon wanita itu yang tampil anggun dengan busana rona putih menerima mas kahwin sebanyak RM300 berserta lima dulang hantaran berbalas tujuh kepada Aiman.

View this post on Instagram

#GempakLive : Dengan sekali lafaz , @zahirahmacwilson sah menjadi isteri @aimanhakimridza . Alhamdulillah. Semoga perkahwinan ini berkekalan sampai ke Jannah. #ZahirAH

A post shared by Astro Gempak (@astrogempak) on

Zahirah meluahkan rasa syukur dan gembira apabila majlis yang dirancang sejak enam bulan lalu berjalan dengan lancar.

Alhamdulillah, sempurna sudah majlis yang saya tunggu-tunggu. To be honest, saya agak nervous sejak beberapa minggu menjelang majlis ini dan Alhamdulillah segalanya berjalan dengan lancar da saya berasa sangat gembira dan sangat bersyukur kepada Allah SWT.

zahirah macwilson aiman hakim ridza nikah

Dalam pada itu, Aiman berkata dia berasa gembira tidak terhingga kerana akhirnya dapat memperisterikan Zahirah dan sudah bersedia untuk memikul tanggungjawab sebagai seorang suami.

Alhamdulillah saya kini bergelar suami dan kini bermulalah tanggungjawab saya untuk isteri, keluarga saya dan keluarga isteri saya. Saya berharap kalian doakan yang terbaik buat ikatan pernikahan kami ini dan semoga ianya kekal sehingga ke jannah.

zahirah macwilson aiman hakim ridza nikahTerdahulu, pasangan sama cantik sama padan ini mengikat tali pertunangan pada 8 Jun tahun lalu selepas tujuh bulan menyulam cinta.

Sekali lagi kami ucapkan tahniah kepada Aiman dan Zahirah. Semoga kekal bahagia sehingga akhir hayat.

Sumber Berita : Media Hiburan

Kredit Foto & Video : Astro Gempak

 

 


One response to “(TAHNIAH) Aiman Hakim Ridza, Zahirah Macwilson Selamat Diijabkabulkan”

  1. Cik Bawang says:

    Her make up and dressing simple but very nice and elegant. Alhamduillah, akhirnya Zahirah bertemu jodoh dgn lelaki yg sgt hargai hubungan. Semoga rumahtangga yg dibina berkekalan bahagia hingga ke Jannah, dan dalam keadaan sakinah, mawaddah dan waramoh, aamiin

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...