Selepas sebulan bertunang, pasangan merpati dua sejoli, Aiman Hakim Ridza dan Zahirah Macwilson mengumumkan mereka bakal melangsungkan perkahwinan pada Februari 2020.
Bagaimanapun, buat masa ini mereka belum menetapkan tarikh sebenar untuk majlis pernikahan.
Insya-Allah, kami akan berkahwin pada Februari 2020. Buat masa sekarang, belum ada tarikh spesifik, tapi kami akan kongsikan apabila sudah ada tarikh sesuai.
Menurut Zahirah, majlis akad nikah dan majlis resepsi kedua-dua belah pihak akan diadakan di Kuala Lumpur.
Tarikh perkahwinan juga kami perlu sesuaikan dengan lokasi. Kalau kami sebut tarikh, tapi belum ada lokasi, tak boleh juga kan.
Setakat ini, apa yang boleh saya kongsikan adalah, majlis akad nikah dan majlis resepsi kedua-duanya akan berlangsung di Kuala Lumpur.
Pasangan ini mengikat tali pertunangan pada 8 Jun lalu di Perth, Australia selepas enam bulan menjalin hubungan cinta.