(TAHNIAH) Aidil Zafuan Selamat Timang Anak Ketiga, Akhirnya Dapat Seorang Puteri

Hiburan

(TAHNIAH) Aidil Zafuan Selamat Timang Anak Ketiga, Akhirnya Dapat Seorang Puteri

Pemain bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT), Aidil Zafuan meluahkan rasa syukur apabila isterinya, Zarema Zainal selamat melahirkan cahaya mata ketiga mereka.

Menerusi hantaran di laman Instagram miliknya, Aidil berkongsi berita gembira itu dan disertakan gambar yang memaparkan dirinya sedang menatapi wajah anak perempuannya itu sambil tersenyum.

Advertisement

Aidil atau nama lengkapnya Mohamad Aidil Zafuan bin Abd. Radzak turut berterima kasih kepada semua yang mendoakan dia dan isteri.

Alhamdulillah, isteri saya telah selamat melahirkan bayi perempuan pada 27.12.2021.

Meninjau di ruangan komen, baginda Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim turut mengucapkan tahniah kepada Aidil.

“Akhirnya dapat seorang Puteri Aidil. Alhamdulillah. Tahniah.” tulis TMJ.

Info tambahan, Aidil dan Zamera telah mendirikan rumah tangga pada tahun 2014 dan dikurniakan dua cahaya mata lelaki.

Baca: “Tertomos Pulak…” Kes Sanusi Ejek TMJ, Pemuda Pas Johor Mohon Maaf

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...