Written by Bella | December 2nd, 2019

Tahniah diucapkan kepada pasangan selebriti Wawa Zainal dan Aeril Zafrel yang baru saja menimang cahaya mata ketiga mereka. Wawa selamat melahirkan seorang bayi perempuan di Andorra Women & Children Hospital semalam.

aeril zafrel wawa zainal

Berita gembira itu diumumkan oleh Aeril sendiri menerusi akaun Instagramnya dengan memuat naik foto isterinya sedang mendakap bayi mereka. Detik tersebut sememangnya amat bermakna bagi pasangan tersebut.

Aeril meluahkan rasa syukur di atas kelahiran itu dan turut berterima kasih kepada orang ramai yang mendoakan proses bersalin itu berjalanl lancar.

aeril zafrel wawa zainal timang cahaya mata ketiga

Sebelum ini, Wawa memberitahu dia dan suami sudah memilih nama Ayasoffya untuk anak mereka bersempena dengan nama sebuah masjid bersejarah dengan seni bina indah di Turki.

Sekali lagi kami ucapkan tahniah kepada pasangan suami isteri ini. Semoga akan bertambah murah rezeki dan dilimpahi dengan kebahagiaan yang lebih lagi dengan kehadiran cahaya mata ini.

7 responses to (TAHNIAH) Aeril Zafrel & Wawa Zainal Selamat Timang Cahaya Mata Ketiga

  1. HISHHHHHH! says:

    punya lah belagak dua orang artis ni, aku pernah jumpa dieorg di kedai makan kat bangi. 2x aku panggil, dia boleh buat bodoh je. yang bini dengar terus pandang hp. buat2 tak dengar. kali ke 3 yang suami jawab ” hmm ya” sambil buat muka..

    masa ambil gambar pon muka seposen je.

    bila aku post gambarnya. kawan2 tanya. kenapa wawa tu x pandang pon, yang suami muka x ikhlas.

    alahai, KALAU RASA X RELA NK FACING MACAM NI. JANGAN LAH PILIH JADI PUBLIC FIGURE. DEKAT INSTAGRAM PROMOTE2 BARANG MCM FRIENDLY SGT, HAKIKATNYA… SOMBONG!!

    Aku approach dengan baik2 kot, dan masa tu pon kau mmg tengah free. makanan pon x sampai lagi. DDK pulak menghadap orang awam yang tengah makan, mmg orang perhatikan & tegur lah bila nampak artis yang dia puja,

    Yang FANATIK NI SEDAR LAH. RETIS NI X HADAP SGT PON KAT KORANG.

    Dari Fanatik skrg aku dah jadi menyampah.

    Contohilah Scha Al-yahya, Shila Amzah, Sharnaaz Ahmad. orang orang ni sangat lah friendly bila jumpa peminat dkt tempat awam. x kesah pon, walaupun masa tu tengah shopping and shot!

    *ada gambar dalam simpanan, kalau korang tengok korang boleh nilaikan muka dieorg masa tu…

  2. korok says:

    lawa sgt wawa…dia ni klo x makeup pun mmg cun…tgk citer budak pailang dulu..

  3. Kamal Bahrin says:

    Tahniah.. mesti comel macam mak dia..

  4. Seri melur says:

    X adil lah wak undian mcm ni..bila scrol.. Automatik undian pd sham visa.. Sbb duk belah kanan..tpt scrol tu…

  5. Anonymous says:

    congrats

Tinggalkan Komen Anda Di Sini