Written by Bella | December 2nd, 2019

Tahniah diucapkan kepada pasangan selebriti Wawa Zainal dan Aeril Zafrel yang baru saja menimang cahaya mata ketiga mereka. Wawa selamat melahirkan seorang bayi perempuan di Andorra Women & Children Hospital semalam.

aeril zafrel wawa zainal

Berita gembira itu diumumkan oleh Aeril sendiri menerusi akaun Instagramnya dengan memuat naik foto isterinya sedang mendakap bayi mereka. Detik tersebut sememangnya amat bermakna bagi pasangan tersebut.

Aeril meluahkan rasa syukur di atas kelahiran itu dan turut berterima kasih kepada orang ramai yang mendoakan proses bersalin itu berjalanl lancar.

aeril zafrel wawa zainal timang cahaya mata ketiga

Sebelum ini, Wawa memberitahu dia dan suami sudah memilih nama Ayasoffya untuk anak mereka bersempena dengan nama sebuah masjid bersejarah dengan seni bina indah di Turki.

Sekali lagi kami ucapkan tahniah kepada pasangan suami isteri ini. Semoga akan bertambah murah rezeki dan dilimpahi dengan kebahagiaan yang lebih lagi dengan kehadiran cahaya mata ini.

7 responses to (TAHNIAH) Aeril Zafrel & Wawa Zainal Selamat Timang Cahaya Mata Ketiga

  1. Penyampai says:

    Rasanya suami xboleh samakan mahram dengan isteri yang dipanggil zihar…hukumnya haram…Apabila telah berlaku zihar, maka suami diharamkam bersetubuh dengan isterinya kecuali setelah membayar kifarat (denda). Mohon pencerahan.

  2. Anonymous says:

    HISHHHHHH! mana bukti? tak percaya kalau tak tgk kihkih

Tinggalkan Komen Anda Di Sini