Alhamdulillah. Tahniah diucapkan kepada pasangan suami isteri, Aeril Zafrel dan Wawa Zainal yang telah pun selamat menimang cahaya mata kedua mereka semalam (18 Ogos 2015). Cahaya mata kedua pasangan ini ialah seorang bayi perempuan. Sebelum ini anak sulung mereka adalah seorang bayi lelaki bernama Ahmad Fakhruddin Attar. Seronoklah dah dapat sepasang. Mesti Aeril dan Wawa sangat gembira dengan kehadiran baby girl ini.
Aeril Zafrel telah berkongsi berita gembira ini menerusi akaun Instagramnya dengan menulis:-
hello baby girl. xsabar nak jumpa abg attar esok?? ehemm..belum ada nama utk baby girl..ada suggestion tak?
Anak kedua Aeril dan Wawa ini telah dilahirkan dengan berat 2.84 kilogram pada jam 10 malam. Semoga si baby dan ibu sihat semuanya. Sama-sama kita doakan.
Tahniah buat Aeril dan Wawa atas kehadiran cahaya mata kedua mereka. Semoga si comel akan memurahkan lagi rezeki dan menambahkan sinar kebahagiaan dalam hidup anda sekeluarga. Amin.