(TAHNIAH) Adun Ketari Young Syefura Selamat Bergelar Isteri Kepada Ahli Perniagaan

Hiburan

(TAHNIAH) Adun Ketari Young Syefura Selamat Bergelar Isteri Kepada Ahli Perniagaan

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ketari, Young Syefura Othman dilaporkan sah bergelar isteri kepada seorang ahli perniagaan, Muhammad Edrin Nordin pada hari Sabtu yang lalu.

View this post on Instagram

 

A post shared by Rara | YS (@young.syefura)

Hanya dengan sekali lafaz, Syefura kini bergelar milik orang dan tampil berseri dengan busana sedondon berwarna putih pada hari bahagia mereka itu.

Dinikahkan oleh bapa Syefura sendiri, pasangan ini diraikan di dewan Wisma Selangor, Jalan Ampang dan mematuhi prosedur operasi standar (SOP) di mana ianya hanya dihadiri ahli keluarga dan rakan rapat.

View this post on Instagram

A post shared by Rara | YS (@young.syefura)

“Alhamdullilah saya lega dan bersyukur, majlis berlangsung dengan sempurna seperti dirancangkan. Saya mengharapkan perkahwinan ini berkekalan dan bahagia sampai ke syurga.” ujar Syefura ketika ditemui media.

Berikutan perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dalam negara ketika ini, pasangan ini difahamkan hanya menikmati bulan madu dan menghabiskan masa bersama di ibu kota.

Terdahulu, dia dan Edrin telah pun mengikat tali pertunangan pada 27 Februari yang lalu.

View this post on Instagram

A post shared by Rara | YS (@young.syefura)

Advertisement

Syefura juga sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga bersama seorang pengurus pelaburan, Muhammad Masyur pada tahun 2016 yang lalu sebelum bercerai pada 7 Mac 2019.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...