Tahniah kami ucapkan kepada penyanyi Adira Suhaimi dan suaminya, Datuk Red yang baru sahaja menimang cahaya mata kedua bersama semalam.
Adira melahirhkan seorang bayi lelaki seberat 3.8 kilogram yang diberikan nama Assan secara pembedahan di ParkCity Medical Centre (PMC), Sungai Buloh pada jam 10.21 pagi. Untuk pengetahuan anda, beliau bersalin seminggu lebih awal daripada tarikh jangkaan doktor.
Berita gembira itu diumumkan oleh Adira sendiri menerusi akaun Instagramnya dengan ucapan syukur atas kurniaan indah tersebut. Rata-rata netizen mengucapkan tahniah dan mendoakan kesejahteraan mereka sekeluarga.
Adira dan Datuk Red mendirikan rumah tangga di Songkhla,Thailand pada 3 Disember 2015. Pasangan ini juga telah memiliki seorang cahaya mata perempuan, Anggrek yang kini sudah berusia satu tahun.