May 16th, 2018

Selepas lebih setahun melahirkan anak pertamanya, kini penyanyi Adira Suhaimi sedang hamil anak kedua. Berita gembira itu diumumkan oleh Datuk Red sendiri yang mengesahkan kandungan isterinya itu sudah memasuki lima bulan dan dijangka akan bersalin sekitar bulan September depan.

Datuk Red sangat bersyukur dengan kurniaan terindah ini dan untuk pengetahuan anda, ini adalah anak ke lapan buat beliau. Malah, usahawan ini memang mahukan anak yang ramai dan kalau boleh sehingga 20 orang cahaya mata.

Advertisement

Alhamdulillah, rezeki Allah Adira hamil lima bulan anak kedua kami. Kalau ikutkan anak ke lapan sayalah. Kira tahun ini saya dapat dua cahaya mata daripada isteri pertama dan kedua. Saya suka anak ramai sekarang hendak masuk lapan orang, lagi 12 oranglah kalau diberi rezeki.

Foto baby bump Adira yang sedang hamil anak kedua

Pasangan ini bernikah di Songkhla,Thailand pada 3 Disember 2015 selepas hanya tiga minggu berkenalan. Mereka menimang cahaya mata pertama iaitu Anggerik yang dilahirkan pada 10 Mac 2017.

Datuk Red juga mempunyai empat orang cahaya mata bersama isteri pertamanya iaitu Sharifah Norshafila Hassim ataupun lebih dikenali sebagai Datin Red.

Sebelum perkahwinan itu, beliau pernah berkahwin dengan seorang wanita ketika berusia 20-an dan berpisah lima tahun kemudian. Hasil perkahwinan itu Datuk Red dikurniakan dua cahaya mata.

Sumber Berita : mStar Online

Advertisement

15 responses to “(TAHNIAH) Adira Suhaimi Sedang Hamil Anak Kedua”

  1. Anonymous says:

    Kesian aku tengok adira nie..nasibla ko

  2. Anonymous says:

    bulan puasa jgn nk membawang ye…selamat berpuasa

  3. melati says:

    Khinzir Beranak lagi??? (BN dh kalah)….pasni nk sondol apa plak…?????

  4. Amero says:

    hint tu.. utk adira dan madu dia..ahaksss…. ketiga dan keempat coming soon….

  5. Hahahahaha says:

    Tahniah Datu Red..Adira kerana mmbykkn umat islam di malaysia ni.
    Kamu mewakili kami yg x sanggup branak byk ni sbb pndapatan bkn mcm Datuk Red.

    Lelaki snglh klau bini byk.
    X kisah nak berapa anak.
    Org pompuan zmn skrg ni byk2 4 je paling mau anak.
    Itupun ssh mahu bsrkan.
    Tapi klau laki kaya no hal.
    20 org anak dn bini 4 pun x kisah.
    Kena usaha kuatlh majukn syrt.
    Bila anak2 bsr..semua nk pakai Bmw dn rmh superlink 3 tgkt..poning Datuk masa tu.
    Takut pengsan.
    Kocik2 abak hanya mainan je dia mau.

Loading...