(TAHNIAH)Adira Kini Bertudung Sepenuhnya

Hiburan

(TAHNIAH)Adira Kini Bertudung Sepenuhnya

Comelnya Adira yang kini sudah bertudung sepenuhnya. Kekasih kepada Shahrul Nasrun ini baru sahaja berhijrah 3 hari dan perubahan ini datang ikhlas daripada hati penyanyi yang popular dengan lagu Aku Ada Kamu ini. Adira tampak makin comel dan menawan apabila bertudung. Moga terus istiqamah dalam menutup aurat selepas ini.

adira bertudung

Advertisement

Ditanya sama ada penghijrahannya ini ada kaitan dengan soal perkahwinan, Adira berkata menerusi Berita Harian:-

Baru tiga hari saya mengenakan tudung. Ia terjadi atas kehendak diri dan doa semua yang mengharapkan kebaikan saya. Peminat pun barangkali tak tahu dengan perubahan ini. Biarlah mereka tahu sendiri. Tiada alasan tertentu untuk perubahan ini.

adira bertudung

Baguslah kalau begitu. Kita kalau nak bertudung dan menutup aurat mestilah kerana Allah. Hati kena tulus suci dan ikhlas. Jangan kerana orang lain. Semoga dengan perubahan ini makin murah rezeki Adira. Sama-samalah kita doakan.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...