Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

(TAHNIAH) Adik Kepada Linda Hashim Berkahwin Dengan Sepupu Beego, -“Tak Sangka Jodoh Dekat Je…”

Pelakon Linda Hashim yang mendirikan rumah tangga bersama suaminya yang juga pelakon, Beego memberitahu bahawa adiknya iaitu Mohd Firdaus Hashim,29, telah bertemu jodoh dengan sepupu suaminya sendiri iaitu Nurul Syuhada,28.

Linda turut menjelaskan bahawa perkenalan pasangan dua mempelai itu berlaku apabila adiknya itu sering saja mengikutinya pulang ke kampung Beego yang terletak di Johor.

Advertisement

Dia turut memaklumkan bahawa adiknya telah selamat mendirikan rumah tangga bersama Syuhada yakni sepupu Beego pada hari Sabtu lalu. Jelasnya lagi, Firdaus memang rapat dengan sepupu-sepupu Beego namun tidak menyangka jodoh hanya di depan mata.

“Hubungan mereka serius sejak tiga tahun ini dan pernah mengerjakan umrah bersama-sama kami sekeluarga. Alhamdullilah adik saya dah selamat berkahwin Sabtu lalu dengan sepupu suami saya. Adik saya rapat dengan sepupu Beego tak sangka jodoh dia dekat je.”

Majlis perkahwinan serba ringkas namun meriah itu difahamkan telah berjalan lancar meskipun diaksanakan dengan beberapa prosedur ketat yang ditetapkan kerajaan berikutan peningkatan kes wabak COVID-19 di negara kita.

View this post on Instagram

Ye betul…cotton candy tu sweet sangat2..

A post shared by Linda Hashim (@lindabeego) on

Advertisement

Linda dalam pada masa yang sama turut mendoakan pasangan itu dapat melayari bahtera perkahwinan dengan baik dan kekal sehingga syurga.

Sekadar info, Linda dan Beego telah bernikaj pada 8 Jun 2013 yang lalu dan telah dikurniakan tiga orang cahaya mata perempuan.

Sumber : mStar Online

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top