Pelakon aksi yang terkenal menerusi watak Dragon dalam filem KL Gangster, Adam Corrie Lee semalam berkongsi berita gembira beliau bakal bergelar bapa tidak lama lagi.
Adam sangat gembira dan bersyukur dengan kurniaan daripada Allah SWT itu kerana sudah 10 tahun beliau dan isteri menantikan detik untuk mendapat zuriat sendiri. Beliau berdoa agar segala urusan kelahiran berjalan lancar dan semoga bayi yang dilahirkan nanti sihat dan cukup sifatnya.
Tahniah kami ucapkan kepada Adam dan isteri, itulah kata orang kalau kita bersabar, berusaha dan berdoa pasti hasrat kita akan dimakbulkan. Semoga ibu dan bayi didalam kandungan sentiasa sihat.

Anonymous
March 9, 2018 at 12:19 pm
true love….
Kak Ros
March 9, 2018 at 2:47 am
1st time aku tengok komen kat post BN ni semua cakap elok2 baik2, dari komen first sampai last.. Selalu kalau ada yang sokong/puji pastu mesti akan ada yang kutuk, tak semua sama pendapat. Maknanya, abg ni memang orang baik ramai orang suka. Tahniah nak dapat baby. Aku pun suka dia ni, penyabar. Ingat lagi kes orang mengata tattoo dia, dia relax je tak cakap banyak, sabar and senyum je, sebab dia tau dia betul, dari islam yg dia belajar, tattoo yg dibuat sebelum masuk islam tak perlu dibuang kalau bakal mendatangkan sakit dan mudarat kat diri, yang penting tak menunjuk2 tattoo tu dan tak buat lagi yg baru.
Diditera
March 9, 2018 at 8:05 am
Tak juga. Cuba baca balik kat atas2 ni. Ada yang dok kutuk neelofa dgn ashraf muslim..Pelik betul. Tak senang hati agaknya kalau tak mengutuk.
Fidot
March 9, 2018 at 9:47 am
Kan..pelik la dorg ni. Syukur org lain tp tetap nk mengumpat.
Anonymous
March 9, 2018 at 10:08 am
especially si melati tu.
Mokcik Jah
March 8, 2018 at 3:59 pm
Tahniah corrie and wife.di doakan agar dipermudahkan segalanya.alhamdullilah
missfaith
March 8, 2018 at 2:55 pm
abg nara kenapa lepas cite adam korie..tetiba ada iklan menara gading di bawah..x elok la betul iklan tu..