(TAHNIAH)Abby Abadi Kini Bertudung Selepas Pulang Menunaikan Umrah

Hiburan

(TAHNIAH)Abby Abadi Kini Bertudung Selepas Pulang Menunaikan Umrah

Jutaan tahniah Abang Nara ucapkan kepada Abby Abadi kerana mengambil keputusan untuk bertudung sepenuhnya selepas pulang menunaikan umrah baru-baru ini. Untuk makluman, Abby telah menunaikan umrah pada 15 sehingga 26 Mac yang lalu. Berita gembira ini telah dikongsi oleh Abby di Facebook Abby Abadi menerusi gambar di bawah.

gambar abby abadi bertudung

Advertisement

Bercakap kepada wartawan Mstar tentang keputusannya ini, Abby memaklumkan yang dia bernekad untuk membuat keputusan ini di hadapan Kaabah:-

Takut juga kalau terjadi senario sekejap pakai dan sekejap buka tudung. Alhamdulillah, dua hari sebelum kembali ke Kuala Lumpur, di depan Kaabah saya nekad untuk bertudung sekaligus berdoa semoga Tuhan tetapkan iman saya untuk kekal begini. Saya juga berharap perubahan ini tidak akan menjadi masalah atau beban buat orang sekeliling. Apatah lagi hal bertudung ini sering diperkotak-katikkan, terutama apabila ia membabitkan individu yang memilih kerjaya seni untuk mencari rezeki.

gambar abby abadi bertudung

Sekali lagi Abang Nara mengucapkan tahniah kepada Abby atas keputusan ini. Semoga segala urusan Abby selepas ini lebih dipermudahkan dan diberkati. Dan semoga cepat-cepat menemui jodoh kembali. Amin ~~

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

121 Comments

  1. Naziman

    March 29, 2012 at 1:05 am

    sungguh kiut abby pkai tdung..hehe..

  2. pelan-pelan kayuh

    March 29, 2012 at 12:57 am

    BENAR, wanita yang menutup aurat tidak menjanjikan dirinya selamat dari nafsu lelaki ,tidak juga menjanjikan hatinya baik, dan benar ia tidak menjanjikan dirinya bahagia, tetapi..

    Wanita yang menutup aurat sudah menjanjikan dirinya “BEBAS” daripada “DOSA” membuka aurat :) …

  3. kita kawan

    March 28, 2012 at 10:07 pm

    alhamdulillah..abby semoga hidupmu akan lebih diberkati dan akan ditemukan dengan insan pengganti NH…

  4. kak li

    March 28, 2012 at 9:13 pm

    gembira saya melihat perubahan aby. harap komen sebelum ini membina semangat aby untuk terus maju, jadilah insan yang sentiasa menjaga keperibadian diri dan pandai menyimpan rahsia peribadi . tak semuanya perlu diketahui umum.

  5. ayu

    March 28, 2012 at 8:36 pm

    alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah… akhirnya Allah telah beri hidayah kepada k.abby utk dia berubah dan kembali ke jalan Allah.. pada sesiapa yang mengutuk dan menghina tu, x usah la nk jadi judge kt dunia plak, hubungan manusia dengan Allah, hanya Allah je yang tahu.. kite sendiri pon belom tentu syurga atau neraka tempat dituju.. jadi perbanyakkan lah muhasabah diri ye.. doakan hanya kebaikan pada org, bukan mencaci atau mencela…

Loading...