Jutaan tahniah Abang Nara ucapkan kepada Abby Abadi kerana mengambil keputusan untuk bertudung sepenuhnya selepas pulang menunaikan umrah baru-baru ini. Untuk makluman, Abby telah menunaikan umrah pada 15 sehingga 26 Mac yang lalu. Berita gembira ini telah dikongsi oleh Abby di Facebook Abby Abadi menerusi gambar di bawah.
Bercakap kepada wartawan Mstar tentang keputusannya ini, Abby memaklumkan yang dia bernekad untuk membuat keputusan ini di hadapan Kaabah:-
Takut juga kalau terjadi senario sekejap pakai dan sekejap buka tudung. Alhamdulillah, dua hari sebelum kembali ke Kuala Lumpur, di depan Kaabah saya nekad untuk bertudung sekaligus berdoa semoga Tuhan tetapkan iman saya untuk kekal begini. Saya juga berharap perubahan ini tidak akan menjadi masalah atau beban buat orang sekeliling. Apatah lagi hal bertudung ini sering diperkotak-katikkan, terutama apabila ia membabitkan individu yang memilih kerjaya seni untuk mencari rezeki.
Sekali lagi Abang Nara mengucapkan tahniah kepada Abby atas keputusan ini. Semoga segala urusan Abby selepas ini lebih dipermudahkan dan diberkati. Dan semoga cepat-cepat menemui jodoh kembali. Amin ~~
sida
July 5, 2012 at 5:46 pm
Abby..tahniah.kerana Allah menyayangimu..Allah uji dirimu dengan ujian yang amat berat. rupanya Allah akan anugerahkan suatu yang bernilai buatmu aitu hidayahnya…setiap hamba Allah yang diberi hidayah saja yang tahu betapa nikmat diberi hidayah…kami doakan semoga Abby kekal istiqamah sehingga akhir hayat…jangan gundah dengan prihal dunia kerana janji Allah orang beriman hatinya akan tenang tenteram dan bahagia w/pun tidak dikurniakan kekayaan dan kemasyhuran
lara kaseh
June 20, 2012 at 5:56 am
taniah abby.. semoga dipermudahkan allah perjalanan hidup nya setelah berhijrah. maklum la mereka mencari makan didalam industri ni.. tak sama dgn dunia luar.. banyak dugaan dan tomahan yang akan diterima.. semoga abby tabah menghadapi…