(TAHNIAH)Abby Abadi Dan Memey Suhaiza Kini Sudah Berbaik

Hiburan

(TAHNIAH)Abby Abadi Dan Memey Suhaiza Kini Sudah Berbaik

Sesungguhnya ini adalah berita yang sangat-sangat gembira untuk didengar oleh semua orang. Selepas hampir 4 tahun bergaduh dengan Memey Suhaiza yang dikatakan menjadi punca keretakan rumah tangganya dengan Norman Hakim, semalam Abby Abadi telah menjemput Memey dan Norman untuk berbuka puasa di rumahnya.

memey dan abby berbaik

Advertisement

Tambah mengharukan, Abby dan Memey Suhaiza telah sembahyang Maghrib bersama-sama diimamkan oleh Norman Hakim sendiri. Serius ini hampir membuatkan Abang Nara menangis.

memey dan abby berbaik

Menerusi Twitternya, Abby menyatakan yang semua ini adalah kuasa Allah. Abang Nara nak ucapkan tahniah dan lahirkan rasa respek Abang Nara kepada Abby kerana penghijrahannya bukan hanya sekadar luaran semata-mata.

memey dan abby berbaik

Marilah kita sama-sama doakan agar hubungan baik ini akan terus berkekalan antara Abby, Memey, Norman dan anak-anak mereka.

memey dan abby berbaik

Kepada Abby, tahniah Abang Nara ucapkan atas inisiatif yang anda lakukan. Ini barulah contoh yang sangat baik untuk diteledani oleh semua pihak.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...