Penyanyi tersohor negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza dilaporkan telah selamat melahirkan bayi lelaki bertempat di sebuah pusat perubatan di Selangor kira-kira jam 6.21 pagi tadi.
Difahamkan juga, bayi lelaki seberat 3.84 Kilogram itu dilahirkan menerusi kaedah pembedahan.
View this post on Instagram
Khabar gembira yang pastinya dinantikan oleh peminat Siti Nurhaliza itu diumumkan wakil penyanyi itu iaitu pihak pengurusan SNP (M) Sdn. Bhd. menerusi satu kenyataan akhbar yang dimuat naik Instagram milik Siti.
Keadaan Siti Nurhaliza dan bayi keduanya itu juga dilaporkan dalam keadaan baik dan sihat.
Dalam pada itu, suami Siti, Datuk Sri Khalid Mohamad Jiwa juga menzahirkan perasaan syukur kerana isteri kesayangan telah selamat melahirkan bayi kedua mereka.
View this post on Instagram
Selain itu, ucapan penghargaan turut dirakamkan menerusi hantaran tersebut terutamanya kepada keluarga serta peminat yang sentiasa mendoakan kesejahteraan Siti dan bayi.
Pasangan ini juga dilihat mengucapkan terima kasih kepada Pengasas dan Pengarah Alpha IVF & Women’s Specialists, Dato’ Dr. Colin Lee Soon Soo yang bersama-sama menjayakan program In Vitro Fertilization (IVF) bagi kandungan tersebut dan juga anak pertamanya, Siti Aafiyah.
View this post on Instagram
Tahniah diucapkan buat Siti Nurhaliza dan keluarga di atas kelahiran cahaya mata baru ini!