Jutaan tahniah diucapkan kepada Datuk A Rahman Hassan dan Fadilah Mansor yang dikhabarkan akan mendirikan rumah tangga pada hujung tahun ini. Mereka berdua dilaporkan berkenalan di sebuah majlis anugerah beberapa bulan yang lalu. Kedua-duanya pernah mendirikan rumahtangga sebelum ini iaitu A Rahman dengan Azizah Mohamad (meninggal akibat kanser) dan Fadilah dengan Ahmad Ibrahim atau Mat London yang berakhir dengan penceraian.
Buat masa ini kedua-dua bakal pengantin ini enggan berkongsi maklumat lanjut mengenai majlis perkahwinan mereka. Apabila sudah betul-betul bersedia kelak, mereka akan tampil untuk berkongsi berita gembira ini dengan para peminat. Apa pun, tahniah diucapkan atas berita gembira ini. Semoga segala perancangan berjalan dengan lancar. Sama-samalah kita doakan.