(TAHNIAH)A Rahman Hassan & Fadhillah Mansor Kini Suami Isteri

Hiburan

(TAHNIAH)A Rahman Hassan & Fadhillah Mansor Kini Suami Isteri

Jutaan tahniah diucapkan kepada A Rahman Hassan dan Fadhillah Mansor yang telah pun sah bergelar suami isteri malam semalam dengan sekali lafaz. Majlis pernikahan mereka telah berlangsung di Dewan Tun Hussien Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) kira-kira jam 9 malam. Pengantin lelaki telah menyerahkan mas kahwin berupa sebentuk cincin berlian kepada Fadillah manakala wang hantaran dirahsiakan jumlahnya.

gambar kahwin a rahman hassan

Advertisement

Seramai 400 orang tetamu termasuk rakan-rakan artis seperti Datuk DJ Dave, Datuk Jalaluddin Hassan, Rohana Jalil, Uji Rashid, Hail Amir, Salwa Abdul Rahman serta Den Wahab turut hadir untuk memeriahkan lagi majlis pernikahan tersebut. Pihak pengantin lelaki turut memberikan lima dulang hantaran iaitu beg, kasut, wangian, alat solek dan sepersalinan pakaian. Manakala pihak pengantin perempuan membalas lima dulang hantaran iaitu cincin, kasut, wangian dan manisan.

gambar kahwin a rahman hassan

Selamat pengantin baru diucapkan kepada Datuk A Rahman Hassan dan Fadhillah Mansor. Semoga berbahagia sehingga ke akhir hayat. Sumber Mstar Online.

P.S: Gambar-gambar sekitar banjir di Kelantan

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...