July 22nd, 2018

Masih tidak terlambat untuk kami ucapkan tahniah kepada penerbit A.Aida yang sudah sah bergelar isteri kepada seorang pelakon muda, Ariff Aziz dengan dua kali lafaz dalam sebuah majlis akad nikah yang diadakan di Hotel Dorsett Grand Subang semalam.

Ariff memberikan mas kahwin sebanyak RM300 dan wang hantaran RM20,000. Pengantin perempuan turut menerima  tiga dulang hantaran hantaran  berupa jam tangan mewah jenama Cartier seberat 1.23 karat dan beg tangan jenama Hermes. Pihak lelaki pula dibalas dengan lima dulang hantaran termasuk jam tangan mewah jenama Hublot, beg bimbit Louis Vuitton, sebentuk cincin, minyak wangi Chanel bersert kuih-muih dan manisan.

A.Aida akui kemeriahan majlis perkahwinannya bersama Ariff membuatkan dirinya terasa seperti seorang pengantin yang baru pertama kali berkahwin.

Saya puas hati dengan majlis ini kerana persiapan yang dilakukan begitu teliti dan saya rasa seperti kali pertama kahwin. Sebelum ini kahwin pun seperti kahwin ‘cowboy’! Tetapi apa yang paling penting, saya mengharapkan rumah tangga kami akan berkekalan sehingga ke akhir hayat. Saya sudah ada semuanya. Saya tidak minta banyak cukup kehadiran suami yang sayang diri saya dan menjaga saya sebaiknya.

Walaupun menerima pelbagai komen negatif kerana bernikah dengan seorang lelaki yang 18 tahun lebih muda daripadanya, A.Aida bagaimanapun tidak mahu ambil pusing dengan percakapan orang. Apa yang penting beliau bukanlah wanita perampas berkahwin dengan suami orang.

Pasangan ini mula berkenalan sekitar tahun 2015 apabila Ariff membintangi salah sebuah drama terbitan A.Aida. Mereka mula rapat sejak tiga bulan lalu selepas Ariff putus tunang. Selepas mengenali hati budi masing-masing dengan lebih mendalam dan yakin dengan sikap tanggungjawab yang ada dalam diri Ariff, A.Aida akhirnya menerima lamaran lelaki itu pada 4 Julai lalu.

Majlis resepsi kedua-dua mempelai dijadualkan akan diadakan di rumah peranginan A. Aida di Janda Baik, Pahang pada 20 April 2019 sempena tarikh hari lahir penerbit itu.

Sumber Berita : mStar Online


41 responses to “(TAHNIAH) A.Aida Sah Bergelar Isteri Kepada Pelakon Muda Ariff Aziz”

  1. Anonymous says:

    Korang yang komen kat atas ni semua GILA S**. TAK TAHU MALU.. ADAB MANA ADAB?? itu je lar korang nampak, itu je lar yang korang bayang.. melebih2 hal rumahtangga orang. Cakap BAIK2 dan doakan diorang BAHAGIA sudah lar.. ini cakap yang bukan-bukan.. kena kat batang hidung sendiri baru tau..

  2. mami bawang says:

    batang mamak hangat tebai melingkark best senak la untie aida kena…untie ada minyak pelinciaq lagi ka cam dah kerin ja umuq dah lanjuutt

  3. whoknows says:

    tapi pelik. kaya teruk mamat ni boleh bagi hantaran mcm tu. bukan kerja balik tabir je ke.
    entah AA cover semua expenses termasuk hantaran sekali kecuali mas kahwin.

  4. Amero says:

    yg ni laki dia ke 4 lah ni… (done membawang)

  5. hurmmm says:

    aq baru tau AA dgn Arif nie..sbb sblm nie dia dgn Ahya ape ntah..pakwe zulin tu..mmg AA rebutan lelaki muda ye..

    • Anonymous says:

      Lelaki mna yg tak nak AA. Ada duit tu.. tak payah lah kerja bermati matian kumpul duit. Bini dah kaya.

Loading...