Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

(TAHNIAH) 8 Tahun Berkawan, Kini Nadzmi Adhwa & Ardell Aryana Sah Bergelar Suami Isteri

nadzmi adhwa ardell aryana

Itulah kata orang, kalau jodoh tidak kemana. Lapan tahun berkenalan, akhirnya teman tapi mesra pelakon Nadzmi Adhwa dan Ardell Aryana sah bergelar suami isteri.

nadzmi adhwa ardell aryana nikah

Advertisement

Pasangan ini selamat dinikahkan pada petang semalam hanya dengan sekali lafaz oleh Penolong Pendaftar Perkahwinan Masjid al-Mutaqqin, Ustaz Mohd Hafiza Hafiz Baharuddin.

Begitu cantik dan anggun dalam persalinan berona putih, Ardell menerima mas kahwin berjumlah RM300 dan hantaran senaskah Al-Quran yang telah dikhatam oleh Nadzm seperti yang dipinta oleh isterinya itu.

nadzmi adhwa

Alhamdulillah, saya sudah khatam al-Quran yang diberikan Ardell. Dia menyerahkannya ketika bertandang ke rumah keluarga saya di Wangsa Melawati. Ketika itu, Ardell datang bersama keluarganya. Perjumpaan itu umpama majlis merisik sesama kami dan keluarga.

Tiada majlis pertunangan. Sebaliknya, hanya ada majlis khatam al-Quran dianjurkan keluarga saya, Jumaat lalu. Naskhah al-Quran yang sama, selepas khatam dan difahami tafsir dan maksudnya, diserahkan kembali pada hari pernikahan ini.

ardell aryana

Selama ini pun, kami tak menolak andai ditakdirkan ada jodoh. Ramai yang mendoakan jodoh kami. Akhirnya dimakbul dan dipermudahkan doa peminat dan pengikut Instagram. Ternyata jodoh kuat antara kami selepas masing-masing bersedia melangkah ke alam perkahwinan.

Advertisement

Tahniah kami ucapkan kepada Nadzmi dan Ardell, siapa sangka persahabatan yang dibina berakhir dengan ikatan perkahwinan. Kami doakan anda berdua berbahagia sehingga ke jannah.

Sumber Berita : BH ONLINE

Kredit Foto : Amir Naufal Photography & Aziah Azmee

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

8 Comments

  1. Anonymous

    September 2, 2019 at 10:03 pm

    siapa dua orang ni, diorang berlakon drama apa ya?

  2. Anonymous

    September 2, 2019 at 9:09 pm

    Baju akad dan baju sanding ardell canteklah, sopan je, ayu, dengan hijab panjang die macam telekong, suke lah aku tengok

  3. Anonymous

    September 2, 2019 at 8:34 pm

    X kenal apatah lg tgk drama lakonan derang. Aku tgk drma melayu pun total 5 minit setahun. Tp, couple ni nampak baik, sekufu, matching n sgt match for each other for right reason. Nmpk tulus. Tahniah

  4. Anonymous

    September 2, 2019 at 7:48 pm

    Tahniah. Maka bermulalah episod bersiri caption di ig detik berkenalan,detik time jatuh cinta sampai beranak anak 6. Maka hari2 pujian2 di kreditkan pde pasangan sedangkan baru kawen sehari.dan acah2 bercinta secara islamik dan muslimah. Wait and see ye.

  5. Anonymous

    September 2, 2019 at 7:45 pm

    Story bawah nk bercerai story atas dah selamat nikah. Ape pun tahniah tapi beringat even 8 tahun berkawan jangan over confident hati pasangan milik kita sorg. Being humble and ‘sombong’ skit means jangan tayang sangat. Doa pada allah tetapkan hati dan iman pasangan.

Loading...
To Top