Itulah kata orang, kalau jodoh tidak kemana. Lapan tahun berkenalan, akhirnya teman tapi mesra pelakon Nadzmi Adhwa dan Ardell Aryana sah bergelar suami isteri.
Pasangan ini selamat dinikahkan pada petang semalam hanya dengan sekali lafaz oleh Penolong Pendaftar Perkahwinan Masjid al-Mutaqqin, Ustaz Mohd Hafiza Hafiz Baharuddin.
Begitu cantik dan anggun dalam persalinan berona putih, Ardell menerima mas kahwin berjumlah RM300 dan hantaran senaskah Al-Quran yang telah dikhatam oleh Nadzm seperti yang dipinta oleh isterinya itu.
Alhamdulillah, saya sudah khatam al-Quran yang diberikan Ardell. Dia menyerahkannya ketika bertandang ke rumah keluarga saya di Wangsa Melawati. Ketika itu, Ardell datang bersama keluarganya. Perjumpaan itu umpama majlis merisik sesama kami dan keluarga.
Tiada majlis pertunangan. Sebaliknya, hanya ada majlis khatam al-Quran dianjurkan keluarga saya, Jumaat lalu. Naskhah al-Quran yang sama, selepas khatam dan difahami tafsir dan maksudnya, diserahkan kembali pada hari pernikahan ini.
Advertisement
Selama ini pun, kami tak menolak andai ditakdirkan ada jodoh. Ramai yang mendoakan jodoh kami. Akhirnya dimakbul dan dipermudahkan doa peminat dan pengikut Instagram. Ternyata jodoh kuat antara kami selepas masing-masing bersedia melangkah ke alam perkahwinan.
Tahniah kami ucapkan kepada Nadzmi dan Ardell, siapa sangka persahabatan yang dibina berakhir dengan ikatan perkahwinan. Kami doakan anda berdua berbahagia sehingga ke jannah.
Kredit Foto : Amir Naufal Photography & Aziah Azmee

lol
September 4, 2019 at 10:47 am
ayat nak gempak. 8 taun bkkawan bukan bcinta. nadzmi ni pun sebelum ni bcinta dengan model minimalace si liyana bakarudin tu.
Ros
September 2, 2019 at 10:19 pm
sape dua bijik indon ni? adakah aku terlalu tua atau yg masuk blog sekarang sangat giler bapak x relevan?
biarbetik
September 3, 2019 at 9:55 am
Propa terketar la…mengigil la…mlm nanti kau pengsan tgok ular salin kulit buahhhahaha. Tapi kau islamik so dia bagi salam dulu mungkin ayat nak pecah rumah dlm sepotong dua hilangla angin senggugut kau…