“Tahap Kesabaran Perlu Tinggi” – Bahagia Amalkan Poligami, PU Abu Bangga Dapat Satukan Dua Isteri

Gaya Hidup

“Tahap Kesabaran Perlu Tinggi” – Bahagia Amalkan Poligami, PU Abu Bangga Dapat Satukan Dua Isteri

Sedia maklum, awal bulan lalu, platform media dikejutkan dengan khabar berita mengenai usahawan kosmetik, Hana Azraa kembali rujuk semula dengan bekas suami, pendakwah bebas PU Abu sejak bulan Ramadan.

Menjelaskan secara lanjut hidup berpoligami, PU Abu mendedahkan dirinya kini sangat bahagia dapat hidup bersama dengan kedua-dua isteri tercinta.

Advertisement

Bahkan, dirinya turut berasa bangga dan syukur kerana mampu menyara kelima-lima anaknya yang berusia antara empat bulan hingga tujuh tahun.

isteri pertama pu abuSumber : PU Abu bersama isteri pertama  

Saya ada dua isteri sekarang. Isteri pertama sudah lama saya rujuk semula. Isteri pertama, Ain Afini, manakala isteri kedua ialah Hana Azraa.

Dalam pada itu, PU Syed turut memberitahu bahawa dia belum mempunyai kesempatan untuk beraya bersama kedua-dua isteri sekaligus disebabkan kerap berada di tanah suci atas urusan kerja.

isteri kedua pu abuSumber : Isteri kedua PU Abu  

Apabila ditanyakan tips berpoligami, pendakwah tersebut berkata kesabaran adalah kunci kebahagian sesebuah keluarga, lagi-lagi buat suami kerana merupakan pemimpin bahtera rumah tangga.

Dalam pada masa yang sama, PU Abu turut memohon doa daripada orang ramai agar rumah tangga kedua-duanya kekal bahagia serta dijauhkan daripada kontroversi.

Sekadar info, sebelum ini PU Abu pernah menceraikan isteri pertama sewaktu wanita tersebut sedang sarat hamil hanya melalui aplikasi WhatsApp. Isteri pertama, Ain turut memaklumkan bahawa suaminya minta untuk dia setuju berpoligami selepas dua bulan bernikah.

Hana Azraa pu abu rujuk
11 months ago

Hana Azraa 'Rujuk' Dengan PU Abu, Buat 'U-Turn' Ramadan Lalu - "Saya Jadi Trauma Sebenarnya"

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Utusan

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...