Memang dah jadi trend sekarang ini apabila selebriti mencari rezaki sampingan dengan membuka bisnes sendiri. Tak kisahlah makanan ke pakaian ke, pasti akan mendapat sambutan hangat daripada peminat mereka.
Sama juga dengan model dan juga pelakon yang mula popular sejak menyertai ‘Asia’s Next Top Model’ iaitu Alicia Amin. Tak sangka walaupun gadis itu berketerampilan ‘chic’ dan sofistikated, rupanya mempunyai bakat memasak rendang tok yang semula jadi.
Menjengah ke laman Instagram rasmi untuk bisnes rendang tok yang disediakan oleh Alicia Amin itu, nampaknya model tersebut menyediakannya dengan sendiri sambil dibantu oleh beberapa orang yang lain.
View this post on Instagram
Advertisement
Walaupun tampil selesa ketika memasak juadah tradisional tersebut, tak sangka perkara lain yang menjadi perhatian netizen.
Melihatkan salah satu video yang dimuat naik oleh Alicia, ramai yang mempersoalkan tahap kebersihannya dalam menyediakan makanan tersebut. Ini kerana pakaiannya yang terdedah ketika memasak menimbulkan kemusykilan netizen.
Mungkin terkesan dengan hencapan netizen itu, Alicia Amin telah memuat naik IG Story dan mempersoalkan tindakan mereka yang asyik cuba mencari kesalahannya meskipun banyak lagi isu dunia lain yang lebih penting.
Melihatkan pelbagai kes keracunan makanan sejak kebelakangan ini, memang penting untuk memberi keutamaan kepada kebersihan ketika menyediakan makanan, kan?

Anonymous
June 11, 2020 at 6:19 pm
Kita sedang dididik tentang adabiah sesama makhluq… periuk2, dapur, besi2, bahan memasak dan peralatan tu semuanya makhluq Allah yg berzikir tanpa kita dengar… malu dengan Allah memasak dlm keadaan begini
38.7
June 10, 2020 at 7:44 pm
Nampak busuk…
tora dtg lagi
June 10, 2020 at 4:36 pm
bukan p jimpa org ja ada adab,,nak memasak pun kena ada adab berpakaian..