October 8th, 2018

Sebelum ini, pelakon dan penyampai radio Zulin Aziz mengakui hatinya sudah dimiliki dan bakal mendirikan rumah tangga dengan seorang ahli politik Indonesia. Sudah rancak membuat persiapan perkahwinan termasuklah mencipta lagu khas untuk mereka berdua, perancangannya untuk berkahwin bagaimanapun tidak kesampaian apabila hubungan beliau dan jejaka tersebut terputus di tengah jalan.

Ada pula yang mendakwa ia adalah salah satu cara Zulin untuk meraih publisiti murahan.

Walaubagaimanapun, Zulin menerusi akaun Instagramnya telah memuat naik satu luahan hati serta penjelasan panjang lebar tentang perkahwinannya yang tidak jadi itu. Namun, punca mereka berpisah terlalu peribadi untuk dikongsikan.

Manusia hanya mampu merancang dan Tuhan yang menentukan segalanya. Memang pahit untuk ditelan tetapi harapnya Zulin kekal tabah. Mungkin ada jodoh yang lebih baik buat anda nanti. InshaAllah.

June 5th, 2018

Tindakan pelakon dan penyampai radio, Zulin Aziz memuat naik foto gaun perkahwinan serta petikan surah di akaun Instagramnya baru-baru ini menimbulkan pelbagai tanda-tanya kerana beliau seakan menggambarkan dirinya sedang menjalin percintaan dengan seseorang dan mungkin merencana untuk berkahwin.

Enggan terus bermain teka-teki, Zulin menerusi portal BH ONLINE mengakui sudah dilamar oleh seorang ahli politik dari Indonesia. Mereka berkenal sejak tahun lalu ketika Zulin bercuti ke negara berkenaan.

Zulin sebenarnya sudah lama bersedia untuk memikul tanggungjawab sebagai isteri, cuma dahulu beliau belum bertemu dengan orang yang tepat dan diuji dengan hubungan percintaan yang hanya separuh jalan.

Iya. Memang benar. Cuma saya tak mahu terlalu galak bercerita. Biarlah dulu. Kita doa yang baik-baik, Insya-Allah. Sudah lama saya bersedia ke arah itu. Cuma sebelum ini, saya sering diuji dengan percintaan yang tak pasti.

Siapa agaknya jejaka Indonesia yang berjaya mencuri dan memikat hati Zulin? Bukan calang-calang orang pula tu. Apa-apa pun, semoga mereka mempunyai jodoh sehingga ke jenjang pelamin, bak kata pepatah kalau sudah ada jodoh pasti tidak akan kemana.

Sumber Berita : BH ONLINE