Written by Bella | September 1st, 2016

Apabila seseorang ingin berubah ke arah yang lebih baik, pasti pelbagai dugaan yang akan menimpa mereka. Itulah yang dialami juga oleh Zul Handy Black yang disindir ketika menyampai dakwah daripada rumah ke rumah bersama rakan tablighnya  hanya kerana statusnya sebagai seorang penyanyi rock yang sering dikaitkan dengan pelbagai gejala negatif.

Bukan itu sahaja, menurut Zul ada yang menganggap beliau hanya berlagak baik dan tidak bersungguh dalam berdakwah.

Pernah beberapa kali saya disindir malah diherdik ketika berdakwah hanya kerana saya adalah penyanyi rock tetapi Alhamdulillah ia adalah dugaan untuk saya.

Bercerita mengenai penghijrahan beliau ini, Zul berkata pintu hatinya terbuka untuk bersama kumpulan tabligh selepas bapanya meninggal kira-kira dua tahun lepas. Beberapa bulan mendekati tabligh, Zul sedar beliau terlalu sibuk dengan urusan dunia sebelum ini.

Keputusan mendekatkan diri dengan tabligh dan kerja amal datang selepas arwah bapa saya meninggal dan ketika itu saya sedar banyak melepaskan masa berkualiti bersamanya kerana terlalu sibuk dengan urusan dunia.

Alhamdulillah saya bersyukur diberi peluang ini untuk bersama ahli-ahli agama dalam menjalankan kerja dakwah dan amal.

Hendak berdakwah ini bukan mudah dan memerlukan kesabaran yang tinggi. Apa-apa pun, kami mendoakan Zul Handy Black dapat melakukan yang terbaik dalam menyampaikan mesej kepada masyarakat.

Sumber Berita : mStar Online

Written by AbangNara | November 3rd, 2015

Ramai yang melahirkan rasa terkejut apabila Zul Handy Black disingkirkan pada minggu ketiga Gegar Vaganza 2. Rata-rata kecewa dengan keputusan juri ini kerana persembahan Zul pada minggu pertama dan kedua cukup memukau. Namun tidak dinafikan nyanyian Zul agak mengecewakan pada minggu ketiga. Akan tetapi, rata-rata berpendapat bahawa nyanyian Sheeda lebih teruk jika dibandingkan dengan Zul. Namun pastinya para juri yang diketuai oleh Datuk Ramli MS mempunyai penerangan yang tersendiri.

zul handy black

Menurut Datuk Ramli MS, nyanyian Zul dan Ezlyn tidak menunjukkan peningkatan sekaligus menyebabkan mereka tersingkir. Kata beliau:-

Untuk GV2, terus-terang saya katakan sukar untuk mencari kesalahan setiap peserta. Kami di kerusi juri perlu menilai peserta pada segenap aspek, bukanlah pada nyanyian semata-mata.

Cuma saya ingin tegaskan peserta GV2 adalah penyanyi senior, jadi nyanyian mereka tidak boleh sumbang. Mereka bukan pendatang baru macam pelajar Akademi Fantasia (AF).

Menyanyi salah lirik, kita boleh pejam sebelah mata, tetapi tidak ada maaf jika menyanyi sumbang. Biar menyanyi tak sedap tetapi ‘in tune’.

Tetapi ingat pada peringkat seterusnya para peserta perlu lebih serius ketika membuat persembahan kerana ketika itu kami mencari ‘the best among the bes

Mereka (Zul dan Ezlyn) ketinggalan, peserta lain sudah jauh ke hadapan. Peluang sudah diberikan namun tahap nyanyian mereka sama.

Tiga peserta ini menjiwai lagu dengan baik. Walaupun menyanyikan lagu yang bukan dari genre mereka, mereka ‘deliver’.

Haiza, Azian Mazwan Safuan dan Siti Nordiana adalah peserta ‘underdog’ tetapi lihatlah kualiti yang mereka ada pada hari ini

zul handy black

Jujur Abang Nara katakan diri ini kecewa juga apabila Zul Handy Black tersingkir. Namun siapalah kita untuk mempertikaikan keputusan juri yang mempunyai pengalaman berpuluh-puluh tahun dalam industri nyanyian. Apa pun, Gegar Vaganza kali ini memang lebih hebat, meriah dan menarik. Setiap minggu pasti Abang Nara sekeluarga tak terlepas menontonnya. Sama-sama kita nantikan Ahad ini untuk melihat peserta mana yang akan tersingkir seterusnya. Sumber Astro Gempak.

zul handy black

P.S: Best Buy World Malaysia adalah ‘one stop centre’ untuk anda mendapatkan 100% barangan authentic seperti minyak wangi, beg tangan, pencuci muka, kosmetik dan banyak lagi. Kepopularitian Best Buy World telah dinikmati dan dirasai di Singapura, Malaysia, Hong Kong dan Indonesia. Antara jenama popular yang ada untuk anda ialah SK-II, Estee Lauder, Clinique, Christian Dior, Chanel dan Calvin Klein. Layari Facebook Best Buy World Malaysia, Instagram Best Buy dan juga laman web Best Buy Malaysia untuk melihat dengan mata anda sendiri.

Written by AbangNara | November 2nd, 2015

Selepas 2 minggu berturut-turut tiada penyingkiran, akhirnya Gegar Vaganza 2 minggu ketiga berakhir dengan penyingkiran 2 peserta sekaligus. Perjuangan Zul Handy Black dan Ezlyn telah pun tamat di Gegar Vaganza 2 selepas nama mereka diumumkan tersingkir. Abang Nara terkejut juga bila Zul Handy Black tersingkir kerana persembahannya pada minggu pertama dan kedua memang power.

zul handy blackNamun persembahan Zul Handy Black pada minggu ketiga ini  yang menyaksikan para peserta menyanyikan lagu di luar genre mereka memang agak mengecewakan. Kedengaran agak sumbang. Biasalah tue. Selalu nyanyi lagu rock tiba-tiba kena nyanyi genre dangdut, rock dan lagu joget memang ke lautlah jawapannya. Abang Nara sedih juga bila Zul Handy Black disingkirkan sebab dia merupakan salah satu peserta feveret.

zul handy black

Walaupun begitu, semoga nama Zul Handy Black dan Ezlyn akan kembali popular setelah menyertai Gegar Vaganza 2. Buat 10 peserta lain iaitu Haiza, Nassier Wahab, Farahdhiya, Nizam Laksamana, Acong Sweetchild, Siti Nordiana, Azian Mazwan Safuan, Ezad Lazim, Sheeda dan Amir Ukay, semoga berjaya membuat yang terbaik pada minggu hadapan dengan tema “Berdua Lebih Baik”. All the best!!!

Written by AbangNara | January 18th, 2012

Ramai rupanya pasangan suami isteri selebriti yang sporting tahap gaban. Baru-baru ini isteri Ajai menyatakan rasa tak kisahnya tentang penyebaran gambar mesra suaminya. Yang terbaru, isteri Zul Handy Black pula merestui suaminya melakonkan aksi ghairah dan berbogel di dalam filem. Gila sporting kan?

zul handy black

Kata Zul Handy Black:-

Saya beruntung kerana keluarga dan isteri saya, Fyza memahami tugas saya selaku seorang pelakon. Mereka tahu saya lakukan semua ini untuk tugas saya dan saya juga akan bertindak profesional. Isteri saya tidak kisah, kerana dia tahu saya ramai ‘teman wanita’ dalam setiap produk lakonan saya. Saya melakukan itu semua bukan untuk mengundang kontroversi tetapi kerana mengikut kehendak pengarah dan supaya penonton dapat gambaran yang lebih jelas.

Ternyata Zul hanya menghayati watak yang diberikan secara profesional. Nak buat macam mana kan? Skrip kata ghairah kenalah ghairah main-main. Tapi Abang Nara tertarik dengan kata-kata Zul di bawah ini:-

Apabila babak bergaduh, kita perlu berlawan dengan bersungguh-sungguh. Untuk babak cinta, kita perlu timbulkan mood romantis dan apabila babak ghairah cabarannya adalah kita yang tidak ghairah ini perlu buat-buat ghairah agar lakonan yang diberikan menjadi

Hahaha. Agak kelakar. Kena maintain tak ghairah time tengah melakonkan watak ghairah. Kalau terghairah betul-betul padah gak. Hehehe.

P.S: Camner pulak dengan Maria Farida yang melakonkan watak Datin Ghairah? Hehehe