December 29th, 2015

Sejak drama Rindu Awak 200% menjadi hits, nama pelakon utamanya Zul Ariffin turut melonjak naik. Malah, beliau menjadi kegilaan ramai gadis di luar sana. Kalau sudah popular, tentu sekali peminat ingin tahu kisah peribadi dan percintaan artis pujaan mereka bukan?

Boleh dikatakan sepanjang tahun 2015 ini, ada sahaja gosip serta kontroversi tentang percintaan Zul. Lebih-lebih lagi selepas beliau mengakui sedang mengenali hati budi pelakon baharu Zahirah MacWilson.

Sejak daripada itu, ada beberapa pihak yang melabelkan beliau sebagai buaya darat, “playboy”, kaki perempuan dan banyak lagi. Ada juga yang mendakwa Zul sering mempergunakan wanita untuk terus mengekalkan namanya dalam industri hiburan tempatan.

Zul bagaimanapun tidak kisah jika ada pihak yang menganggap beliau sebegitu.

Bila saya keluar dengan Zahirah banyak cerita kata saya playboy. Seolah-olah saya ini lelaki yang teruk. Ramai yang cakap dekat dia ‘kau jangan keluar dengan Zul bahaya’. Tetapi, alhamdulillah, ramai juga yang menyokong hubungan kami.

Pada saya senang, kalau benar saya playboy, sila tunjukkan bukti saya keluar dengan perempuan lain.

Biasalah tu, kalau ada sahaja artis yang sering timbul dengan kisah cinta pasti mereka akan digelar sebagai kaki perempuan. Agak subjektif sebenarnya untuk anggap seseorang itu “playboy”. Tidak apa lah Zul, bersabar je lah yee…kata orang kawan biar seribu bukan…bercinta biar satu..

Sumber Berita: Kosmo!

November 25th, 2015

Walaupun sudah acap kali Ayda Jebat menegaskan agar tiada lagi pihak mengaitkan nama beliau bersama Zul Ariffin tetapi masih ada lagi yang mahu tahu komen beliau mengenai percintaan Zul dan Zahirah MacWilson.

Buat Ayda, beliau tidak tahu perkara sebenar yang berlaku dan tidak berhak untuk memberikan sebarang kenyataan berhubung  kes dimana Zahirah dituduh sebagai perampas serta orang ketiga dalam hubungan Zul dan Gayatri sebelum ini.

Saya tak berhak memberi komen kepada hal ini. Sebagai manusia saya sendiri tak boleh menghukum dengan mengandaikan Zahira punca keretakan Zul dan bekas kekasihnya. Saya tak tahu situasi sebenar.

Mungkin juga Zahira hadir ketika Zul sudah benar-benar solo. Tak timbul juga saya sudah boleh lega dan tidak dipersalahkan lagi selepas Zahira muncul. Kita tak tahu apa yang bakal terjadi.

Bagaimanapun, Ayda tetap mendoakan yang terbaik buat Zul meskipun pelbagai kontroversi yang menghimpit mereka apatah lagi setelah Zul memadam kesemua foto beliau bersama Ayda di Instagram.

Saya doa yang terbaik buat Zul kerana dia pernah menjadi hero saya dalam drama.

Dah boleh lah peminat Ayda Jebat dan Zul Ariffin “move on” dan tidak lagi mengimpikan mereka berdua untuk bersama. Doakan sahaja hubungan Zul dan Zahirah akan kekal bahagia.

Sumber Berita: Berita Harian

November 18th, 2015

Sejak tercetusnya fenomena drama Rindu Awak 200% , nama Ayda Jebat seringkali dikaitkan dengan Zul Ariffin dari setiap aspek.

Boleh kata, apa sahaja kontroversi tentang Zul pasti Ayda juga akan terkena tempiasnya lebih-lebih lagi selepas Zul putus cinta bersama Gayatri dan kini sedang mengenali hati budi Zahirah MacWilson pula.

Ada juga pihak yang mendakwa Ayda sebenarnya kekasih kepada Zul dah tidak berpuas hati apabila aktor kacak itu memilih Zahirah pula.

Walaubagaimanapun, segala hal ini agak merimaskan Ayda dan sehingga kini beliau masih tidak faham mengapa orang sering kaitkan beliau dengan Zul serta berharap tiada lagi pihak yang berbuat demikian.

Apabila ada cerita yang keluar tentang Zul pasti nama saya juga disebut sama. Ia bukanlah sesuatu yang bagus untuk saya.

Sebelum ini pun bapa Zahirah ada menyebut nama saya apabila ditanyakan tentang hubungan anaknya dengan Zul. Kalau boleh janganlah sebut nama saya lagi.

Kenapa saya perlu menjawab apabila timbul cerita yang tidak ada kaitan dengan saya. Isu Zul sekarang sedang panas diperkatakan. Lebih baik saya diam dan tidak masuk campur. Janganlah kaitkan nama saya dalam hal yang melibatkan Zul.

Meskipun foto-foto Ayda telah dipadam oleh Zul daripada akaun Instagram miliknya, aktres itu menjelaskan beliau tidak mempunyai sebarang masalah untuk bergandingan dengan Zul dalam mana-mana produksi selepas ini.

Saya tidak ada masalah untuk bekerjasama kembali. Kami pernah melakukannya secara profesional dalam dua drama sebelum ini. Cuma sekarang saya dan Zul sibuk dengan jadual penggambaran masing-masing. Kalau ada tawaran selepas ini dan masa sesuai, saya akan terima.

Nampak tak Ayda Jebat sendiri pun enggan namanya dikaitkan lagi dengan Zul Ariffin. Harapnya peminat beliau di luar sana dapat terima hakikat mereka bukan pasangan bercinta.

Sumber Berita: Mangga Online

November 18th, 2015

Baru-baru ini, kecoh juga bila ada peminat Ayda Jebat mempersoalkan tindakan Zul Ariffin yang memadam foto Ayda Jebat tanpa sebarang alasan daripada akaun Instagram miliknya.

Pada peminat fanatik Ayda, Zul tida harus buat begitu kerana selama ini beliau dan Ayda tidak mempunyai sebarang masalah dan sering kelihatan mesra bersama. Malah, Zul juga menjadi popular disebabkan Ayda juga.

Ada yang mendakwa Zul melakukan hal tersebut kerana ingin menjaga hati kekasih baharunya Zahirah MacWilson.

Walaubagaimanapun, Ayda menjelaskan beliau sama sekali tidak terasa hati apabila fotonya dipadam dan ia adalah hak aktor tersebut.

Saya tidak ada masalah atau mempunyai sebarang hal kerana akaun Instagram hak miliknya. Jadi mungkin dia ingin mengemas kini akaunnya dan membuang apa sahaja yang dirasakan tidak perlu.

Sebenarnya Ayda tidak mahu melayan perkara remeh seperti ini, beliau pun okay sahaja yang menjadi perhatian dan viral apabila ada peminat yang tidak puas hati dengan Zul Ariffin.  Peminat tidak seharusnya terbawa-bawa dengan lakonan didalam drama dan ingin mereka bersama di alam realiti.

Sumber Berita: ROTIKAYA