November 25th, 2015

Walaupun sudah acap kali Ayda Jebat menegaskan agar tiada lagi pihak mengaitkan nama beliau bersama Zul Ariffin tetapi masih ada lagi yang mahu tahu komen beliau mengenai percintaan Zul dan Zahirah MacWilson.

Buat Ayda, beliau tidak tahu perkara sebenar yang berlaku dan tidak berhak untuk memberikan sebarang kenyataan berhubung  kes dimana Zahirah dituduh sebagai perampas serta orang ketiga dalam hubungan Zul dan Gayatri sebelum ini.

Saya tak berhak memberi komen kepada hal ini. Sebagai manusia saya sendiri tak boleh menghukum dengan mengandaikan Zahira punca keretakan Zul dan bekas kekasihnya. Saya tak tahu situasi sebenar.

Mungkin juga Zahira hadir ketika Zul sudah benar-benar solo. Tak timbul juga saya sudah boleh lega dan tidak dipersalahkan lagi selepas Zahira muncul. Kita tak tahu apa yang bakal terjadi.

Bagaimanapun, Ayda tetap mendoakan yang terbaik buat Zul meskipun pelbagai kontroversi yang menghimpit mereka apatah lagi setelah Zul memadam kesemua foto beliau bersama Ayda di Instagram.

Saya doa yang terbaik buat Zul kerana dia pernah menjadi hero saya dalam drama.

Dah boleh lah peminat Ayda Jebat dan Zul Ariffin “move on” dan tidak lagi mengimpikan mereka berdua untuk bersama. Doakan sahaja hubungan Zul dan Zahirah akan kekal bahagia.

Sumber Berita: Berita Harian


Comments are closed.

Loading...